Hati

Hati,
Kamu tahu kan yang aku sangat sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. ..dan diubati kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?

Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa terhadapmu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlalu sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?

Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji dengan aku, Hati?

InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. 
Sungguh...
Hebat Allah yang menciptakan, 
bagaimana Dia boleh membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang amat berat.

 Just saying
#Taken

Ziarah / Umrah

Bateri Handphone menunjukkan 4% je tenaga yang masih berbaki..

unknown Number calling, pandang sekilas je, coz dah lambat tengah siap-siap dengan baju kurung untuk kenduri sayla. Sedar tu no. area-area Gombak. so terus angkat...

Ath : Assalamualaikum
Sayla : Waalaikumussalam, awk dekat mana? tak datang ke?
Ath : (Senyum) Kejap-kejap tengah siap..jap lagi sampai. Dah habis ke? baca Yassin & Doa?
Sayla : emm dah habis, tinggal makan je
Ath : Siapa ada? siapa dah datang?
Sayla : Mana ada siapa-siapa. I tunggu u je.. (Gelak gedik)
Ath : Ok jap lagi i sampai.
 
Dah lama tak panggil dia gedik. dia cukup marah kalau aku panggil dia camtu. Tapi dia tahu aku gurau je.
Dah nak pergi Umrah dah kawan aku sorang ni. Perkhabaran ni dah di usulkan sejak tahun lepas.. tapi tu hanya perancangan. So aku dah sedia maklum perkara ni. Untungnya dia

Terima Text SMS dari Shiro semalam "Beb, sayla wat kenduri apa esok?"

haha mesti semua orang ingat dia nak wat kenduri Bertunang.

Semua kawan-kawan yang dijemput hanya menyepikan diri & aku pun tak boleh janji apa-apa, sebab pagi tu ada hal di putrajaya. Berjanji nanti, tak tepati orang marah pulak. so aku hanya berhubung dengan tuan rumah je. Aku janji jugak dengan diri, walau macamana pun aku mesti pergi, dah lama tak jumpa & ni majlis baik kan. Allah jua yang mempermudahkan.
Kalau nak gi buat aktiviti lain, mungkin tak la kut aku nak gi malam-malam tu. Sebab kat putrajaya pun dah penat dari awal pagi.

To make it short.. dengan baju kurung Unggu.. aku masuk ke rumah sayla beriringan dengan Shazmin.. sweet meen mengenakan baju kurung maroon and selendang coklat. Aku tolong lilit hehe.

Lepas makan & borak-borak dengan kawan sekolah sayla.. kami makan & waktu pun dah menjengah ke pukul 10. Kesian tuan rumah yela ramai tetamu.. dia entertained satu satu.. group kwan skolah dia bnyak cerita pasal kahwin, yela masing-masing dah ada steady Boifren.. mintak sayla doa kn diorang cepat-cepat kahwin.

Group kami pulak terdiri daripada Shiro, shazmin & Ath.. hanya bincang-bincang kecil-kecil.. tentang orang gi umrah..

Min nampak penat & dia tanya macam-macam tentang agama.. Alhamdulillah.
Kesian dekat dia sebab masih keliru.

Teringat ayat dia dalam kereta..

Min : tira, aku rasa aku tak belong kat dunia orang baik & orang jahat”
Nak tergelak pun ada masa dia tanya tu
Ath : eh, kenapa cakap macamtu, Allah marah tau, macam putus asa. Tahu tak, Allah sentiasa membuka pintu taubat, selagi hambaNya masih ingin kembali . Rahmat Allah tu luas min.
Aku mula ceramah dekat dia.
Min : Aku tahu.. tapi tah la..
Ath : Min, satu je.. u should start somewhere. Dari dulu aku tengok, ko cakap nak berubah, tapi ..emm “any progress” ? 

aku menyoal kembali

aku lihat min hanya membatukan diri memandang kedepan…& aku menyambung kata 

Ath : Min, tahu tak, masa Allah murka kat syaitan, syaitan cakap “Wahai tuhan, dengan kebesaranMu, aku mohon untuk menyesatkan manusia. Pastu Allah jawap “ dengan KebesaranKu, aku akan mengampunkan sesiapa hambaku yang ingin bertaubat.

Nampak tak? Allah maha pengampun.. min, you should start now. Please. Aku nasihat sebagai kawan yang nak tengok kawan dia di jalan Yang betul.

Min : tapi aku tak bersedia.. aku tak nak hipokrit.. nanti aku pakai pastu aku bukak..
Ath :hipokrit? Pakai tudung hipokrit? Tu kan Allah yang suruh. Ko rasa itu bukan diri kau? Abis tu siapa diri kau yang sebenarnya? Emm 

Suasana diam , aku tahu aku agak menekan.. tapi ketahuilah, ini bukan yang pertama atau kedua kalinya.. ini adalah ungkapan untuk kesekian kalinya.. She is my friend.

Aku memujuk

Ath : min, aku harap sangat. Ko paksa diri kau.. lawan syaitan yang bisik perkara bukan-bukan dalam diri tu. Kita tak tahu kan umur kita. Aku ni lagi la… banyak salah. Tak sempurna. Memang tak, jangan jadikan aku contoh. Sebab aku pun tak betul tapi kita start somewhere and berusaha sikit-sikit untuk dekat kepadaNya.. InsyaAllah..

Hmm Harap kawan aku sorang tu, terbuka pintu hatinya..

Hanya tinggal kami bertiga je kat rumah sayla . Jam dah pukul 11.

Ath : huii dah pukul 11
Sayla : alaa baru pukul 11, lepak mamak pun boleh lagi ni (mengusik)

Aku tertunduk  malu.. haha tahukah dia, sudah hampir setengah tahun, aku tidur awal.. lepas isyak je aku dah lepak kat bilik baca buku or online. Banyak masa dihabiskan dirumah..
Terasa diri tua pulak kadang-kadang bila jumpa sepupu & diorang ajak gi sana sini & aku tolak.. kata mereka “ alaa, orang muda, pukul 12 tu baru nak start”.. haha..

So aku ni dh dalam kategori tua la ye? Ishk ish..  bukan tak ada masa nak lepak.. ada je.. ..
Cuma entah.. tak berkesempatan. dan Aku bersyukur kesempatan yang ini.
 
Kami borak-borak sambil bersila dengan sayla, tanya berkenaan persediaan dia.
Aku hanya senyum ikhlas, bila dengar soalan tu dari shazmin. Dia la orang yang semangat.

Suka aku dengar setiap penyampaian sayla malam tu, dia terangkan sebagaimana sepatutnya.

Ya, kita semua dah besar dan berubah kepada lebih baik. InsyaAllah. 

Ya Allah, rendahkanlah hati kami didalam keyakinan, rendahkanlah pendengaran kami semasa menerima pujian. Semoga engkau terima kami, didalam usaha kami yang sedikit ini

Persediaan Umrah
1-      Banyakkan solat  taubat
2-      Solat qada’
3-      Beristighfar
4-      Bayar hutang
5-      Berzikir & membaca mengenai Umrah/bertanya kepada yang arif

p/s : I pray to Allah , to be at haramain soonest possible insyaAllah.

It’s sweet when someone knows every single detail about you, not because you constantly remind them, but because they pay attention.

As for me, I pay too much attention but still, I don't exist.. HAHA ayat tacink..


 

Melted

Segala puji pada ALLAH pemilik hati dan jiwa.Selawat dan salam pada baginda, junjungan yang mulia

Duduk-duduk belek Laman Sosial FB di pagi Ahad, selepas sarapan dan sidai kain..

Terasa ingin mencoretkan sesuatu pada blog peribadi ini..  Berkira-kira ingin membuat satu post tentang "knduri doa selamat sayla" yang aku hadir malam semalam. Happy dapat jumpa as dah lama x jumpa..Gembira tengok kawan-kawan masing-masing ada peningkatan diri. lalu diri terasa kerdil..

Ok tu post selapas ni.. :)

Jangan biarkan Hati berprasangka yg bukan-bukan. Tenang2kan diri.Ucapkanlah Alhamdulillah,kerana segalanya dtg dari ALLAH S.W.T

Kita tak mampu nak mnyekat atau menutup mulut manusia utk terus berkata-kata.Apa yang boleh kita buat hanyalah mendoakan agar apa yg terucap dan keluar dari ucapan mereka dan bibir kita ini biarlah kata2 yg benar tanpa fitnah dan kata nista.Manusia nie tak sempurna,biar bagaimanapun kita tak akan pernah dpt lari dari khilaf.

Semoga ALLAH pelihara segala tindakan dan perbuatan kita.
Dan semoga akan terjaga keikhlasan di HATI ini..
Aminnn

Melted..


Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya.
Itulah ubat hati. 
Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. 
Rawatan sakit fizikal juga perit.
Begitu juga ubat hati.
Maka dekatkan hati padaNya.
BERSABARLAH. Mudahan-mudahan.ALLAH kirimkan ketenangan.
Aminnn Ya Rabbalamin...

Make it clear

Assalamualaikum,

as usual, waktu malam baru ada peluang "di atas talian". Beria nak update sebab nak menjelaskan previous post.

Ok, kalau cakap dengan orang tak tahu, sejauh mana pun kita explain, dia tetap tak tahu melainkan dia tahu apa yang kita cakap. Oleh itu lebih baik diam je dari argue .

Kita bercakap berkenaan hubungan Silaturahim sesame manusia. Pelik ke kalau kita cakap pasal orang yang kita selalu jumpe, orang yang Halal untuk diperkatakan. plus perkara baik yang kita katakan..

Biar riwayat ni je la explain
Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ok look, i've mentioning this before,waa cakap omputeh,haha  aku tak ada kakak.. coz i'm the elders. So, sangat la nak ada sorang. Tapi bila dah kerja ni, ramai la pulak kakak yang dapat. Alhamdulillah.. :)

Jadi, dalam ruangan aku ni, selagi saya belum ada Hubungan Halal dengan "Imam" hati, aku akan memperkatakan orang-orang yang ada disekeliling. Semua-semua yang aku sempat capture dengan Lense & minda kurniaan Allah ni.

Clear? good!

Soal kenapa aku tak nak publish Blog aku ni di FB? sebab aku tak cukup yakin..akutak rasa perlu pun sebenarnya. Tapi aku suka orang lain share blog dekat FB. Serius. Bagi aku, diorang ni orang yang berani dan mempunyai keyakinan & bakat yang tinggi. I just don't discover mine... huhu

Haiya, Petang tadi sikit je lagi yaya hampir pecaya cakap kak Shima pasal Blog aku ni. 
Boleh pulak tiba-tiba bukak topik blog.. ape kes?

Yaya : Siapa ada Blog ek? Best ape , jom nak kite buat sorang satu pastu masing-masing follow.
K.shima : SubhanaAllah, yaya, bagus nye cadangan
Farah : Saya tak kreatif & tak pandai tulis ( Sopan je)
K.shima : Athirah ada...dia suka meja bulat
Ath : (Ya Allah, K.shimaaaaa)
Yaya : eh ada ek? apa nama blog? nak bace...
K.shima : cuba cari..
Yaya : Kat mana? FB
Ath : Tak ada la, mana ada. (Kalau diorang tahu, malunyee...)

Cukup la kantoi dengan kak Shima dulu, sudah cukup malu ...Tah macamane dia boleh tengok info kat FB aku.. tak expect pon. Tau-tau je dia post kat wall " cuba teka, akak tengah baca apa". Masa tu , dalam hati kata, "takkan la baca buku or baca paper pun nak bagi soalan teka teki kat aku"...

Terus teringat Blog ni.. dah la cerita pasal dia. Malunyee!

Ni pulak nak bagi tahu semua kawan-kawan? oh Tidakkk..

Just imagine ye, kalau diorang tahu , lepas tu setiap kali jumpe akan cakap pasal blog aku? Wah wah wah jadi bahan masak kurma ayam la camni.. hahahha... mahunye aku pakai niqab tutup muka lepas ni. Haha..

Hmm kalau korang dah terjumpe blog aku ni, ok baca senyap-senyap. SENYAP-SENYAP...

perlu ke ulang lagi sekali.. or nak kena buat papan tanda. hehehe.. Bukan apa, malu la. Tak kisah nak baca, baca la.. dipersilakan... cuma bila jumpa saya, buat-buat tak tahu sudah. Boleh kan? hehe.

Ath : yaya, K.Shima pun ada blog
Yaya : Yeke? 
K.Shima : tu private, untuk sadiq & Walid je..dah block orang lain
Ath : Oh, kak Shima Block the Blog??

Shuhada : Nak cari la Blog athirah sampai jumpe

Hahaha...

Minum cool blog je la yaya.. :)

I tell u what, if u nak try buat blog, most recommended. and kamu akan ketagih.. tapi kena ada minat jugak..

Temanku,
ketahuilah akan satu hakikat,Aku juga tidak sempurna. 
Langkahku pincang di mana-mana.
Terkadang aku jatuh dan tersungkur.
Terkadang mengalir laju titis jernih airmata.
Lantas aku terpandang kamu.
Dan aku menjadi kuat.
Terus aku tersedar,mungkin dikaulah yang dikirim Tuhan buatku.
Beriringan berjalan dalam mengapai redhaNYA Ilahi.
Salam sayang kerana Allah...


Nota Kaki

1) Yes! dah Delete website info kat FB siang tadi.. Selamat kan diri.


2) Ya Allah bantulah Hambamu ini untuk istiqomah dalam kebaikan.

3) Esok ada orang nak belanja breakfast. Alhamdulillah :) Thanks Hamba Allah

Segan

Pukul 6
Berjalan menuju ke tempat letak kereta jauh diatas bukit, Exercise petang balik kerja, seperti sudah biasa, namun jauh dalam fikiran, kalau lah ada org hantar lagi best.. hendak cepat sampai.
 
Tiba-tiba satu kereta silver INSPIRA berhenti. Kak Shuhana 
Ni bukan kali pertama dia pelawa aku naik. Tapi dia pakai kereta lain masa tu. Bahkan dia siap pesan, kalau nak tumpang, call je. Aku je segan. Hmm Segan laa tumpang org..
 
Perjalanan yang seminit tu terasa lama..
 
K.shu : Parking kat mane? Macam sedih je.. takut kena saman ye?
Ath : hehe kat atas tu..yela k.shu, smua tempat dah kena saman. Tak aci la.
K.shu : susah la kan. Kesian smua org. tu la dah xde tempat parking
 
Suasana diam.. aku pandang k.shu sekilas
 
Ath : ..err ni kereta husband k.shu ke?
 
Kereta berhenti
 
K.shu : Ni kereta k.shu
Ath : Wow.. (Salam ) Thank You k.su, jimat tenaga saya hehe
K.shu : Meh sayang sikit
 
Haha that was kicking for me.. 
 
Segan .tak tau camana nak react. Tengok muka k.shu, bersahaja.. mungkin dia dah biasa… aku?? Superrrr luar biasa. Ni baru “kakak” yang cakap camtu…
 
Cuba bayangkan nanti husband kau? Wo wow wo… melayang!!
 
Masuk kereta pun tak habis lagi senyum.. what a day!
 
Dari pagi sampai petang, suram je.. as semua orang tak de. Hari Isnin pulak tu. Tambahan gigi aku sakit. Memang TAKK laa nak ceria…
 
Ye! Kalau lepas solat, salam & kiss kiss tu biasa la kan.. entah la tetibe macam awkward. Darn ~
 
Thank for being such a wonder sister..all of u.
I learnt how to be nice , sweet, soft ..day by day…
 
Hmm
 
Korang pernah tak mengalami situasi dimana, korang rasa seram sejuk je bila dengan seseorang.. Bukan macam dalam cerita hantu tu, tapi lebih kepada berhati-hati ketika bercakap, teruja kalau dapat tengok dia..Pernah?
 
Aku pernah. Masa kat sekolah dulu, Cikgu Bahasa Melaysia . Nama cikgu kesayangan aku tu, Norliza Brahim. Tak tahu kenapa, 1st time dia masuk kelas masa form 4, dia berdiri dan bercakap di depan kelas membuatkan aku terpaku.. I mean, the way she sound, the style she brought , hmm mungkin aku kagum dengan dia sebab dia berkarisma, cantik pada mata aku.. dia tak la putih, biasa-biasa je… tah la, Cuma dia menjadi trigger point untuk belajar sungguh-sunguh.. :)
 
Hmm setiap kali subjek dia,  aku jadi semangat. Bila time dia, aku rasa Macam dia mengajar aku sorang-sorang. Kalau exam subjek BM tu aku akan pastikan A.
 
Pernah satu kali tu, semua pelajar dapat markah rendah, kalau tak silap masa tu markah aku 78. Serius rasa bersalah. Masa tu dia dengan tegas suruh kami satu kelas pusing court badminton. & Cakap kuat-kuat.
 
KAMI AKAN BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK DAPAT A DALAM BM.
 
And finally SPM aku A1
 
That was bitter sweet memory.
 Korang pun mesti ada kan. Itulah cikgu kesayangan aku. FB dia pun dapat aku jejaki. Hehe Alhamdulillah dia masih ingat aku. Yelah, sorang cikgu tah mcamane nak ingat beratus2 orang murid. Kalau dia ingat tu, 
Lucky you!

Senyum

Orang yang tahu bersyukur itu hatinya begitu sensitif dengan nikmat yang Allah telah berikan kepadanya, lidahnya sentiasa mengucapkan alhamdulillah walaupun nikmat itu mungkin kecil sahaja. Segala nikmat yang Allah berikan kepadanya seperti tubuh badan yang sihat, dia gunakan ia ke jalan Allah. Ketika musibah datang, dirinya sabar dan menganggapnya sebagai suatu nikmat juga dari Allah. SubhanAllah. Mari kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Muhasabah diri di pagi Sabtu penuh berkah. InsyaAllah
Saya seorang yang:
Sensitif,
jiwang,
tajam
saya hanya mampu berkata memujuk diri:
Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Sewaktu kita senyum, kita tidak ingat pada perkara silam dan sedih. Kemurungan kita juga hilang. Sewaktu kita ketawa, kita tidak terfikir apa yang terjadi esok, minggu depan. Sewaktu kita senyum, hati tetiba terasa riang. Apabila kita melihat org senyum pd kita, kita terikut gembira dan senyum bersama.

Ini kerana senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada.

Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan org yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia.

Quran 27:19
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".


Oleh itu, senyumlah selalu. Semasa memandu, semasa mandi, semasa bercakap , semasa di pejabat dan di mana-mana - namun harus diingatkan semuanya harus dilakukan dalam keadaan kesederhanaan.

SENYUM!!!

Fizza ke Pizza


Assalamualaikum blog

Mari kita duduk dan merenung sejenak. Kelelahan seharian dengan tugas-tugas di tempat kerja atau tanggungjawap lain memang melelahkan.


Today is Friday.. & today saya dan kawan-kawan ukhuwah saya ada small jamuan makan-makan di Fizza Pizza Hut.




Sebenarnya nak meraikan Birthday Yaya yang dah lama postpone..


Orang yang paling bersemangat waja dalam mengaturkan jamuan ni ialah Kak Shima.. Nampak betul semagat dia.


Bagi cadangan macam-macam dari pemilihan lokasi makan, hingga la ke beli hadiah. Kad nama .. bagai-bagai la..



Aku tengok je.. 
bila dia tanya pendapat, kita bersuara.. tapi dia ada cdangan yang lebih baik.. :)

Rasa nak je peluk suruh dia bertenang. Bukan apa takut dia stress..

Yela kita faham responsibilities RM busy selalu. Workload bagai.


Hmm Serius aku takut dia penat. Apa yang aku boleh buat, hanya tengok je.



Sebelum pukul 12 tghari Telefon ofis berdering


Salam bersahutan,


K.shima : Athirah, boleh tak pukul 12:00?
Ath : 12:05 min la ea?
K.shima : Ok, emmmm
(Lama sebelum dia menyambung kata-kata aku memintas…)
Ath : ..nanti sebelum turun saya emel semua orang.. suruh tggu kat Pizza . Kan?
Kak Shima : awk ni memang adik akak la :)


Dalam hati berbunga ceria.. yela dah tahu apa yang dia nak cakap.. I try my very best. Hehe



Situasi di kedai Kek SR


Kak Shima : Athirah, pilih la kek

Ath : Kek haritu la yang kite plan..


Kak Shima menunjukkan jari ke arah rak pameran kek yang ada strawberry ..aku geleng tanda tak suka sbb aku memang tak suka kek buah.


Ath : Tapi akak pilih je la, saya tak kisah..

Kak Shima : OK kite pilih Indulgence la. Awk mintak yang dalam peti tu, Panas sikit.

Ath : Ha panas? Kak, yang display ni pun sejuk tau dalam tu, Mane ada kek Panas

Kak Shima : SubhanaaAllah, 

(Sambil tutup mulut ketawa)


Ath : Kak jangan la kelam kabut.

( Bila tengok dia sekejap2 tgok HP , call orang sana, sms orang tu)


Kak Shima : Tak la akak ok je

Ath : Sori la , saya tak reti la nk organize majlis2 macamni

Kak Shima : Ey, awak kne belajar ( Ada double meaning) hehhe akak gurau je

Ath : Hahah faham-faham. J


Baru teringat yang Next month birthday beliau.


Melihat kesungguhan dia, aku rasa geram jugak bila tengok yaya makan sikit je, Coz ni kan birthday dia.


At the same time, aku faham, dia banyak kerja, bila rehat pun hati tak tenang.. but bak kate Solha, Masa makan kita makan la, masa gelak kite gelak.


Yaya serba salah. Tapi comel betul semua orang. Suka gather ramai-ramai camtu


But aku lebih prefer kalau duduk makan, meja bulat. Nampak muka semua orang.

Meja panjang camtu… dengan bilangan orang yang ramai tak Nampak muka, tak dengar suara.. mesej tak sampai haha


Entah

Tak tahu kenapa, aku rasa ada something yang tak kena .. K.shima Nampak tak ok. Dia pun makan sikit.


Hipotesis

·         Awal-awal dah spoiled sebab kak Eja MC. Sumber ceria geng.

·         Kedua, kerja kak shima, ……..masa keluar awal berdua pun dia dah cakap.. ada problem sikit.

·         Mungkin salah aku, tak buat apa yang sepatutnya.

·         I Don’t Know

·         ..dont know

·         ..na.. I just don’t feel it suitable to write it here..

·         Mungkin terlalu banyak berharap.

·         Ha ..mungkin sebab Kak Shu tak duduk sebelah k.shima..


Yes that’s probably the close answer. Entah la.. tak mo serabut kan minda sangat.. Tapi masa solat tadi pun Kak Shima just cakap 3 perkataan,


“Akak Stress la”


Hmm risau betul. Sah la dia tak happy.


Apa yang boleh aku buat? To make it alright.   


Kerana niat kita orang tak Nampak,  Jangan pernah ada di dalam hati kita rasa menyesal.  Ingat kembali bagaimana kita bermula..



We are so happy today. Isn’t it?



People dont care how much you know, untill they know how much you care


Nota Kaki
1.       Kek & Makanan tadi super delicious Cuma aku tak boleh nak focus masa makan, sbb perkara2 diatas agaknya. The one who make u feel better is in a uncomfortable way.
2.       Oh ya, I don’t tell anything to anyone.
3.       Semua orang cantik harini rasa nak pegang muka sorang-sorang.. nak cium.
4.       I need shoulder to cry.  Tapi.. Bila aku menangis. Aku sedar taraf aku dimana..


Ambil keputusan drastic B4 Azan Asar tadi SMS ibu,


| bu, masak apa.. tgh buat ape? ..emm tetibe rasa nak peluk, *Buang Tebiat*|


Ibu reply : … malam ni kan pasar Malam, masak biasa je.. J


Haha ibu ignore la aku nak peluk.. segan la tu, tak pernah dibuat nya.. ye ye ye kite semua ada ego..


I LOVE U ALL.. cinta, kasih, rindu.. semua la hehe


Uhibbuka fillah ya ukhwati

Jalan TAR

Hari Sabtu yang lepas , lepak-lepak kat dalam bilik.. Tiba-tiba ibu tanya,


“tak ada kelas ke? jom teman ibu gi Jalan TAR..”


Dalam hati memang malas betul, sebab dah pukul 11 pg masa tu. Stlye aku kalau nak gi mana-mana bagi tahu sehari sebelum.. baru la semangat nak gi..

Tapi bila kenang kan ibu  yang ajak..lambat-lambat jawap “ kita gi petang sikit ea, sejuk sikit” fikiran ligat berputar, mana nak parking, mesti ramai giler.. hari sabtu ada pasar malam.


Kali terakhir gi sana dengan A , teman dia beli baju. Tah la, seriau rasa nak jejak kawasan tu. Padahal 2 kali je pun dengan dia kesitu..


Dalam pukul 4 lebih lepas Asar kami gerak, 30 min dah sampai.. Park kereta berdepan dengan Cambell Complex. Terus kaki meluru ke Pasar Malam.. seperti yang dijangka, orang ramai.. bersesak-sesak.. tapi masih dalam kawalan..


Lepas 10 min jalan-jalan, Hati berbunga riang.. macam ada yang berbisik, “..not bad kan spend quality time dengan ibu, Shopping kn therapy”  Tersenyum bila ibu tarik tangan ke satu kedai baju kurung yang sudah siap..


“Long, nak tak? Ibu belanja”

“..betul ke? heehe best nye..ok memang nak pun”


Pilih punya pilih, Last-last ibu jugak yang dapat..


“Tak pe la, next time je, ibu bagi duit ea.. ada orang tu nak gi Manjong 2 minggu lagi, beli la beli la”


Hehe  ibu nak menghantar kawan anak dia Kahwin.


Beli air soya hilangkan dahaga.. padahal mineral setengah botol ada lagi dlm beg, saje nak beli, tak beli tak sah..


Jalan dan cuci mata..


Sesekali terimbas memori di kedai cendol yang ada kedai juadah Laksa di kiri laluan Pasar malam, dulu selalu makan dengan kawan2 kolej.. Sayla, Min & Shiro suka sangat dekat situ.. kalau tak silap la..Anira pn suka..


Aku kurang suka Laksa. Tak tau kenape..


Sedang mata dan fikiran menerawang tah kemana, ternampak telekung yang tersangkut.

Tak ada corak, Putih bersih.. suka nya.. sebab sederhan dan tak ada warna..


“bu, nak beli telekung la, dah lama tak beli kan”


HandPhone berbunyi, Nombor tertera –Adik-


Salam bersahutan..


“Yeay, group adik menang, masuk semi Final”
“eleh, poyo..semi final je la..” saje mengusik
“ eleh jeles cakap la, at least masuk tau, ko ada?”  kami sama-sama tertawa


Tengok ibu pandang kat aku, pelik agaknya..  –“adik” sambil mengangkat sedikit Hp dari telinga..


“Oh..” ibu membalas dan terus melihat kain di depannya..


Adik aku sorang tu ligat sikit, merata berjalan, Main Futsal la..Lawatan rumah orang asli la,  sampai ke USM Kelantan, ke Johor la.. Jeles jugak dekat dia, tapi risau kadang-kadang mengenangkan bahaya di sana-sini. Namun Doa sentiasa diiringi untuk adik yang sorang tu.


Ath : “ Ko tak yah la beli apa-apa kat Kelantan tu, rasanya dekat sini lagi murah kot”

Adik : eh macam dapat hidu je ko sedang gembira bershopping. Long ko jangan lupa adik kt sini tau..beli tu mesti kena double..”

Ath : uit banyak la, sendiri beli la. Hehe. Ala lagi pun dah banyak baju I u dah rembat sebelum ni, tak ingat? Jangan membazir.. amalan siapa?

Adik : Amalan tutttt…. Hehe.. yelah tapi adik balik awal April ni, kita kua ea? ea ? ea?


Pujukan adik, memang tak pernah tak Berjaya buat aku tersenyum.


Ath : Ko balik la dulu, baru cerita. Nanti apa2 jangan lupa call…


pesan aku sebelum mematikan talian.


Sambung Jalan semula, melihat manusia ramai berjalan berpasangan dan berkeluarga.  Hati jadi kacau tiba-tiba.. (Syaitan)


Yang berkumpulan dengan kawan-kawan perempuan..

I used to do that before, but now.. jarang sangat… masing-masing dengan hal mereka.. Rindu la, girlfriend.


Dari satu kedai ke kedai  sampai Hujung menuju ke Jalan masjid India. Dialog yang didengar tak lain…


“ Kak, masuk, tengok-tengok. Harga murah”


“ dik, cari apa dik? Masuk dulu..macam-macam ada”


Sampai la rasa nak je jawap camni


 “ Kak, saya cari pasangan hidup, ada tak kat sini? Yang sederhana je.. sedap mata-memandang. Kalau ada saya nak sorang je ..”


Ni kes dah penat agaknya.
Serius.. Terkejut , terlihat ada sorang abang jual jeans Tak Ori tapi Ok kat situ, susuk badan, ruas tulang muka, gaya rambut, hampir sama dengan seseorang.. Air liur yang ditelan terasa berpasir.. ditambah dengan beg silang kecik di bahu menambahkan rasa yang susah nk digambarkan..


Cuma kulit abg tu je gelap sikit..


Dalam hati berkata “ Ya Allah” dan disambung dengan istighfar entah berapa kali…

Baru dengar berita tadi, kes kanak-kanak hilang, dijumpai rentung..akibat dibakar.

P/s : Sanggup manusia tu bakar kanak-kanak, kita nak gi bakar sampah/daun kering pun malas..bukan la malas, tapi pencemaran udara tau.
Apa nak jadi dengan manusia sekaran ni.. SubhanaAllahilAdzim


Nota Kaki 

Tahu tak apa yang paling susah dalam menulis blog ni? .. Nak tulis Tajuk sesuatu Post. Teramat la sukar!!!!!

Pain Killer

Sakit gigi dah nak masuk sebulan.

Dari sakit, elok dan sakit, sakit dan tidur.

Makin dilayan, makin menjadi-jadi berdenyut urat gigi geraham kiri ni. 

Kemarin, sakit itu menyerang tanpa dapat ditahan.. menangis sorang-sorang dalam kereta sambil mencapai sebiji ubat. 
Kenapa lah susah sangat nak gi jumpa Doctor Gigi ni? 

Cakap pada diri :
Ath, bukan dulu, fasilitator fav ko masa kt UPM , Doktor Saiful ke? dia Doktor Gigi tau. Kau cakap senyuman dia boleh buat orang sakit gigi sihat walafiat. Haha.

Sungguh la, Sakit gigi antara sakit Kelas Atasan. Sakit bukan calang-calang. 1 Kerja tak boleh jalan kalau time sakit gigi.

Habis 8 biji pil oren kecil dalam tempoh sebulan memang satu pencapaian dalam diri bagi orang yang susah nak makan ubat macam aku.

Ibu dah kata, masa sihat tu, pegi la klinik. Tapi degil.. sekarang tanggung sendiri. 
Ok dah apply cuti , by hook or by crook, akan digagahkan kaki ni jejak ke klinik gigi.

Doctor, saya gosok gigi sekurang-kurangnya 3 / 4 kali sehari tau. =) mengadu pada Doktor sebab sekarang ABC..


Pain Killer bunuh kesakitan.
Time is a great healer, but Allah is the Greatest Healer
Watch out for the ones who are always trying to make everyone else feel better. They need help, too. They just won't ever show it...

..terdiam

I've been thinking lately...

Banyak draft tulisan yang tak di Post, ada beberapa status FB yang tak jadi nak di post.., 
kenapa aku jadi sangat hessitate sejak kebelakangan ni?

Apa yang nak di perkatakan, apa yang tersangat ingin disuarakan hanya disimpan.. didalam kotak hati yang masih muat dan akan muat sampai bila-bila. Kerana aku tahu ada yang mendengar.

Aku terdiam dek kerana Dunia telah mendiamkan aku.

membuat pengukuran terhadap diri yang serba kekurangan.. masih jauh ketinggalan dalam semua perkara. Melihat mereka yang jauh kedepan, 

Aku lelah..

terduduk
on my knee

low 
Memandang keluasan hidup, menyedarkan betapa sempitnya diri, Menyedari kebesaran Allah SWT, kita akan kenal kekerdilan hati.
Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah..

Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..