Dear Blog,
Theres always something yang aku nak tulis kat blog ni when it come about people around me…
Harini
aku gi keje, lambat.. sebab naik kereta. Dah lama tak memandu ke Office.
Selalunya aku akan memandu pada hari-hari terpilih je.
Contohnya Jumaat. :)
Sempat
sarapan di Rumah, Nasi Goreng cili Api ibu is the Best. Makan sambil
bersila. Masin sedikit tapi telan je. Betul la kata orang, kalau kita
sayang orang tu, dia masak masin ke, manis ke, kurang apa-apa
ke, kita akan Okey je. Sebab dah sayang kan. Allah campakkan rasa kasih
sayang yang banyak dalam diri ni.
(buat gaya mendepangkan tangan tanda banyakkkk sangat ..hihihi)..
Alhamdulillah.
Semalam,
lepas je solat mghrib dalam pukul 7:45, bergegas ke OldTown Danau Kota,
ada discussion Assignment . Tak habis-habis bincang.
Order air Lemonade je.
Tunggu kawan habis makan dalam 8:50 baru start bincang.
Datang makcik jual kerepek.
Nurul : tak pe makcik, kami tak nak. TQ
Fifi : haiyaa kacau daun je. 2 kali dah datang awak.
Aku nak pandang pun tak sampai hati sebab, purse tertinggal.
Nurul : fifi, Athirah pandang pun tak nak kat makcik tu.. tak nak sangat la tu.
Ath : eh,
mana tahu ni, alaa kantoi.. bukan la kita tak sampai hati kalau
pandang, dah la tak beli.. cian la dia bawak beg plastic besar-besar tu.
Fifi : ala wak, dah selalu dah. Tak larat dah nak beli, tiap hari ada.
Ath : lepak sini hari-hari ke? hehe
Fifi & nurul : tak la.. :)
Ok habis cerita pasal malam tadi. Nak sambung cerita Jumaat pulak.
SMS berbunyi daripada K.shima
|"Nur, jom teman akak breakfast"|
Cakap sorang-sorang dalam kereta.
Aik, semalam kan aku dah bagi tahu aku nak cuti, lupa ka kakak sorang ni? Ke eida xde? Ke eida bocor rahsia
SMS di hantar kepada Eida
|"Eida, kak shima ajak tirah breakfast, dia tahu ke tirah x cuti? Eida kat mana?"|
Eida reply
| eida MC arini…tirah teman la k.shima makan ye.|
Lepas
bace SMS tu HP diletakkan di tempat duduk sebelah. Focus kepada
pemanduan.. a bit down la, coz kita dah well plan nak sambut birthday
Aprilian, duit pun dia dah bayar.
Puas otak ni proses segala kemungkinan..
Mengiyakan : yela dia ni cepat demam, teringat dulu, lepas beberapa hari MC, dia MC lagi… mungkin betul dia Demam, semalam hujan.
Menafikan : eida takkan bohong, dia tak pandai kot pusing-pusing ni..no no no
hmm
Handphone dicapai, menyatakan kekecewaan
|“ eyh, alaa, kan nak celebrate beday harini…demam teruk ka?
Jgn lpe makan ubat,ok~|
Lambat baru dia reply,
|“InsyaAllah …..makann…” |
Hmm,
dalam hati ni dok 50-50.. sape nak kenakan siapa ni? Ada segaris
senyuman.. Tapi tak pasti hihihi macam drama thriller pulak.
Lagi 5 minit sebelum pukul 9 dah sampai ofis. Lega sebab Jalan boleh dikatakan ok .
Emel dari
Eida menyatakan yang dia ada harini.. membuatkan senyuman yang segaris
tadi menjadi besar. Can u imagine? I always got the biggest smile kn?
haha
Bukan apa, kalau sorang tak ada. Tak complete rasanya..
Hari Jumaat yang disangka “Leisure” rupanya “
haywire ”
Emel yang bertubi-tubi dari kawan-kawan.. cakap itu dan ini. Oi pening la.. Mana satu plannya ni.
Plan Angan-angan and Macam-macam
- · Nak gi Karoke la ( K.eja Request)
- · Nak gi The Curve la,
- · Jalan TAR la
Tak larat nak layan haha
Phone office berdering,
Tiba-tiba
farah cakap, K.shima nak balik awal, husband dia dah tunggu.. Kelam
kabut semua orang. Kak Shu yang biasanya memerhati mula shoot emel..
haha sah keadaan menjadi tak terkawal.
Dah rasa nak pecahkan plan sebab memang sejak awal plan tu macam tak jadi je..
Final emel, diorang dah sepakat, nak buat kat pantry je.. asal orang yang nak diraii tu ada.
Tapi Kan Jumaat lelaki solat. Mane pulak datangnya Husband dia?? Ni macam lain je.. dia nak elak kan diri.
Bila turun je ke Lobi Nampak yaya.. Kak Shima di luar pintu nampa muram. Tak berani nak pandang! Haha..
Bila sampai je kat Pusat Bandar, Farah kata Kak Eja nak makan Nasi Kandar. Oh No.. yaya & I dah redha je..
Yaya : ok boleh la boleh la. Sambil gelak-gelak, dia mengomel, kan lagi ok kalau buat kat Mutiara Damansara.
Ath : haha tak habis-habis..Kalau betul nak pegi, u the mastermind buat la proposal ya.. haiya.. I mane tahu sane tu.
Yaya : hehe gurau je.. karang kita nyanyi tau, aritu tak ada pun
Ath : oo mase beday u tu u nak nyanyi ek.. hehe tapi malu-malu. Konon..piiiiraaahh
VIVA putih kepunyaan Soraya dinaiki oleh 6 orang gadis..err tapi sorang tu bakal mak orang.
Kami
terus ke KFC. Diorang yang lain dah beratur..Aku ke tempat Kak Shima
duduk, Kak Shima memang moody. Serius tak tau kenapa? Sebab aku ke? tak
reply SMS dia pagi tadi?
Takkan
la, sebab aku?? Ramai lagi and banyak lagi sebab lain emosi dia
terganggu.. aku ni antara ramai-ramai manusia yang ada dalam kotak hati
nya yang boleh membuatkan dia terkesan ke?? if that so, Syukur la
Duduk
depan dia macam seorang persalah menghadap Tuan Hakim. Tapi Hakim yang
mendiamkan diri lebih menyiksakan diri pesalah yang ada dihadapan minta
dibicarakan.
Rasa nak balik je waktu tu. Semua orang ada. InsyaAllah K.shima ok. Tengok muka farah, Cool je.. dia memang seorang yang Meneutralkan keadaan.
And I’m not. Dia langsung tak pandang aku. Itu satu hukuman
yang amat berat ok.
Aku
memilih tempat yang paling Hujung, maybe kak shima tak selesa aku ada
kat situ.. Seketul ayam pun tak habis.. Kenyang. Sebolehnya aku nak jadi
pemerhati je pada hari yang gembira ni huhu..
Ath : Yaya nyanyi cepat.
Farhana : kami chorus je.. cepat la
Yaya : Ok, cepat u ols follow k, I nak balik dah jap lagi..
Dia
nyanyi, and kami semua follow, aku tak dapat tengok reaksi K.shima &
K.eja. Tapi Yaya cakap k.eja terkejut… HEHE yea!! Surprise. Dia memang
tak sangka.
After all, I admit.. I am not a Good Organiser. There are some people who born to be ..yang boleh buat semua ni.
Yang aku
sempat tengok dari Hujung, semua orang Happy. Alhamdulilllah. Terima
Kasih banyak-banyak kat semua kawan-kawan. Sayang Fiza tak ada. Tapi
Hadiah dia, kami simpan dah.
:)
Dapat tahu dari Kak Noris di surau tadi, K.shima merajuk pasal kita semua tak ajak dia pergi The Curve.
K.shima yang kami sayangi,
Ketahuilah,
kalau ada plan yang kami nak pergi, mesti semua orang tahu, lain la
Pergi Jalan TAR, Kak Shima tak ajak pun kiteorang… sampai hati
Ni kes nak merajuk balik.. Takpelaa….apa-apeee je lah~ :P
Tadi gurau-gurau kat surau,
Ath : Korang, nnt saya punye birthday buat kat café je.. senang habis cerita haha
Kak Noris + Farah : ahh takde, takde, mane boleh bagi tahu.. tak ley bagi idea la orang punye suka la.
Farhana :
-Smile-
(Gelak paling sweet. She just got a very sweet smile. Jeles.
Hmm nape la lelaki tak Nampak kelebihan yang ada pada kawan-kawan saya
ni)
Lepas ni birthday Kak Shuhana.
Aku nak
Follow je, bagi mandate Organiser ni pada Kak Shima. Huhuhu surrender.
Ada 10 kepala, 10 -10 macam-macam ragam.. kreatif sangat.
Tah kenapa aku rindu "rasa" yang dahulu.. heart attached yang dulu..
Mungkin aku ni terlalu klassik kot. salah ke?
Hidup adalah pilihan. Baik atau jahat adalah pilihan. Sesat atau lurus
adalah pilihan. Redha Allah atau murka Allah adalah pilihan. SO, choose
it wisely.
Kita tidak tahu laut itu
seberapa DALAM,
tapi kita harus
tahu,seberapa DALAM
kita MENGENAL orang
yang kita syg.
Kita tidak tahu langit itu
seberapa TINGGI,
tapi kita harus tahu,
seberapa
TINGGI kita
MENGHARGAI orang yang
kita syg.
Kita tidak tahu bintang itu
seberapa BANYAK,
tapi kita harus tahu
seberapa BANYAK
PERHATIAN
yang kita beri untuk orang
yang kita syg..
seberapa DALAM,
tapi kita harus
tahu,seberapa DALAM
kita MENGENAL orang
yang kita syg.
Kita tidak tahu langit itu
seberapa TINGGI,
tapi kita harus tahu,
seberapa
TINGGI kita
MENGHARGAI orang yang
kita syg.
Kita tidak tahu bintang itu
seberapa BANYAK,
tapi kita harus tahu
seberapa BANYAK
PERHATIAN
yang kita beri untuk orang
yang kita syg..
Noted
Walau apa
pun terjadi, wanita/gadis di depan saya ni, sentiasa mengukirkan
senyuman. Tenang dalam setiap situasi. Lembut dalam bicara. Which is I respect the most. Love
ya.
Sincerely,