First date

first date was suck.. teringat Blog seorang hamba Allah yang sy pernah baca dulu hehe..

haha tu untuk kak shima mengimbas kembali kenangan dating beliau .
And Again, tadi.. kami lambat, Kak Shima Tersayang yang punctual. 

SMS Masuk ketika kaki melangkah ke Eskelator Tak berfungsi Mid Valley. 
"Nampaknya arini akak dapat makan ice cream free 3 la sebab U all LATE"
Senyum je baca sms tu, Sedar diri lambat.
Arghh dalam hati merungut, susah nak puctual bila deal dengan Public Transport ni. Terutama KTM yang tak tepati masa.
haha salahkan KTM adalah jalan terbaik sebab TAHU dia takkan jawap balik.

Masa dah nak sampai ke McD tingkat atas, Lokasi yang dijanjikan untuk berkumpul.. Nampak Nazira berbaju Purple senyum-senyum menuju ke arah saya.
Jalan Sekali la Jumpa Kak Shima yang dah berkurun tunggu adik2 yang lambat ni.

Heheeee Windu. 
Sminggu tak jumpa.

Gimmick Farah

Farah : Assalamualaikum
Ath : Wslm, ye cik Farah, Dimana Kamu? Lokasi?
Farah : OTW.. Orang lambat sikit taw, ada hal tadi. ckp kat Kak Shima, orang tak join tau.
Ath : Haa? Datang ke tak ni?  ( malas nk panjangkan cerita, konfius sikit)
Farah : Datang tapi saja je cakap ..ok ok Bye.

Duduk je , Kak Shima dah tanya ,

Kak Shima : Ni No Farah ke? sambil tunjukan HP Nokia Stylo dia tu hehe
Ath: Sy angguk je ( Control..), Pandang Nazira minta kepastian..
Kak Shima : Kenapa dia macam tak tahu je plan kita harini.. Pelik la. U all dah bincang belum semalam
Nazira: Dah, dah dia siap mintak tentative lagi.. Tirah dah buat..Dalam E-mel.
Kak Shima : Dah tu Kenapa dia tanya lagi..pelik la farah ni..

Kak Shima dah tak keruan, Yelah, Tak cukup sorang, Tak Lengkap la kan Program Menyemai Ukhuwah ni

Kak Shima : Dia cakap apa ?
Ath : Tadi dia Call, dia cakap dah bagi tahu semua kat Akak..
Kak Shima : Biar akak kol dia (Loud speaker)

haha penat tahan gelak tengok kak shima risau Farah Tak datang..

Last2 farah admit, baru la lega kak shima. Kegeraman masih ada.
Saya pun konon2 geram padahal dah tahu.

Farah lambat sebab beli Kek untuk Bufday Nazira yang Cool pada 1/1/11

Cantik betul Nombor tu.

Sebenarnya
Terdetik nak buat perkara yang sama macam farah plan untuk kenakan Kak Shima.
Tapi terlupa sebab KTM yang Lambat.

Lepas Farah yang Hawt sampai, Kami terus mulakan Game Bowling seperti yang dirancang.


Hebat betul Farah.. mesti selalu main ni. Yang lain Rilex je .. 
Masuk Longkang, Tak pun spare


Banyak problem , Bola stuck la, Lampu Lane tak nyala la.
Dugaan
Semua berjalan dengan Lancar Alhamdulillah.  

Soalan yang dah confirm keluar "Lepas ni kita nak pegi mana?" tanya Kak Shima

Hehe ,Farah Reply "Orang tak datang kerja , tak baca emel tak tahu.. tu laa sape suruh cuti"

 Menyakat!

Semua tak tahu, Last-last saya cadangkan Pizza Hut. Terasa nak makan spegheti pulak.
Semua setuju. yeay!








Masa nak bayar Bil Farah Tanya..
"Macamana nak kira ni"
Selamba je Kak Shima Jawap
" Guna Kalkulator la"

Haha, Lawak betul mereka ni. Kalah i...

 Cantik Kek, Berry Cream
 Ni dari HP Farah, dia tak Bagi Blutooth.. hehe

 Nak Jugak Bergambar dengan Bear ni.. Huhu
 =)
Melangkah Keluar Ke The Garden.


Betul ke esok cuti? Sebab Malaysia menang Bola Semalam?
Semua tanya benda yang sama.

Heee HAPPY nyaa..

Buat kesekian kalinya rasa semangat Untuk Malaysia.  

Kesimpulan
Banyak yang dibualkan. Banyak yang menyakat.
Semua tu Gurauan yang menggembirakan

"Hari ni hari yang Bahagia" Kata Kak Shima

Tiru ayat saya. Malu la.. hehe =)

Nota Kaki : Lain Kali nak menyemai Ukhuwah Dimana? Rock Climbing? Kayaking? Hiking? 
But please No Swimming .

Farah: Tak mau la aktiviti Basah-basah ni.
Nazira : Banyak Senyum dan sokong (sebab tu kak shima sayang dia. Dia CooL =)

Hepi Bufday Nazira. 



Ukuwah
Bagaimana ye nak ada ukhuwah macam ni? tanya seseorang kepada saya..
Hmm terkesima saya dibuatnya. Bagaimana ye?

Adakah sekadar makan bersama? ketawa bersama? 
Saya rasa tidak.
Kerana ia ada proses dalam mengenali seseorang dan tautan antara hati sahabat dengan sahabatnya.

Kita bebas berkongsi. berbincang dan menasihati antara satu sama lain. Semuanya Untuk kebaikan.

Apa yang saya risau,

Semua kenangan ini akan mengalirkan air mata. 

  • Sahabat, i want to be your favourite Hello and hardest Goodbye
  • Remember me and smile, for its better to forget than remember me and cry.

|dah 23| - |baru 23|

Ikut-ikut perkiraan kelender moden lagi beberapa hari je nak melangkau ke 2011.
Umur pun akan tambah setahun lagi..
22+1=23

DUA PULUH TIGA tu banyak.
Rasa-rasa banyak benda yang belum terlaksana.


Mengeluh panjang saya bila fikirkan hal ni. Belum sepenuhnya gembira menjadi diri sendiri. Belum cukup bersyukur sebagaimana yang sepatutnya. 

Belum buat yang terbaik. 
Itu PERKATAANnya.

Entah apalah makna kehidupan kita. Bagaimanakah diri? Macamana lah kad laporan kita yang tercatit..

“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak membenci.” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

Dalam menyelusuri jalan-jalan memperbaiki diri, adakalanya kita lemah .

Terlalu memikirkan Apa orang akan kata, sebab hakikatnya memang kata-kata orang tu banyak yang negatif dari positif .
 Hari-hari dok dengar orang cakap itu dan ini.

Sakit telinga bila kita buat baik, orang cakap kita saje-saje nak tunjuk baik. Betul la, mulut orang tak boleh tutup.

Kenapa? orang muda perlu berperangai seperti orang muda seperti hari ni jugak ke?
Tension + keliru.

Mereka ni berfikiran jumud , sedangkan secara total mereka mempunyai Segulung ijazah.

"Tirah, ko kne enjoy2.. muda lagi pe.. Enjoy la."


Bukan nak menafikan istilah "ENJOY" tu..
Boleh.
Tapi takkan la sepanjang masa nak enjoy . Bila cakap perkara serius, mereka akan gelak .

Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu

Masa semakin singkat.
Tidakkah begitu? Saya rasakan begitu.

Teringat masa tumpang kereta Farah Jawahir tempoh hari. 
Sedang perhati kenderaan bergerak perlahan dijalanan.. Ternampak sebuah kereta mewah memotong laju kenderaan yang kami naiki..

Ath : WaaooO.
Farah : Bestnye kereta dia.
Ath: A'ah, Nak ke? insyaAllah boleh beli satu hari nanti.. 
Farah : Nak tu memang nak..Tapi tak mampu kot. Bazir je.
Ath : Kalau duit da terlebih tu..( ketawa)
Farah : Ishk tengok kemewahan ni bahaya betul rasa macam keduniaan sangat. Jangan la ckp tentang ni
Ath : (Lega+Bersyukur)... Betul tu, rasa macam Cinta Dunia plak.

Senyum sepanjang perjalanan memikirkan Petunjuk Allah dari sahabat.

Alhamdulillah, Allah beri sahabat camni.

Ini yang saya maksudkan.. Bukan tak boleh enjoy kerana Enjoy bukan sepanjang masa.

Kami boleh berbincang tentang hal-hal serius  dan seronok dalam perbincangan.
Siapa pada harini boleh buat begitu? Tanpa ada cakap-cakap dibelakang!

Alhamdulilah-alhamdulillah 

Overall 2010 ni, banyak perkara baik berlaku.
Jumpa macam-macam pintu pembaharuan. Antara nak masuk dengan tidak je.
Rasanya dah bukak pintu tu.. tinggal nak melangkah masuk je belum lagi..

2010 Meninggalkan banyak notification2 yang perlu notify..
Masih banyak Azam yang belum di lunaskan.

Usia 23 tu Banyak bagi saya. Rasa macam banyak yang ketinggalan. 

Nak fikir Belajar, Keluarga, Kewangan, Ehem Perkahwinan.
Serabut nye otak.

Belum lagi tgok amal yang ciput tak seberapa ni. Macamana nak jawap masa Menghadap pencipta.

Astaghfirullahalazim.

Bila sebetulnya nak fikir semua ni?
Nanti dah besar skit baru nk fikir? 

 Sempat ke?

Pernah tak fikir, macamana Rabb kira umur kita? kalau tak bermanfaat Tak dikira langsung ! Ruginya kalau begitu..

:( nak meraung rasanya..

Ini untuk Mengingatkan diri saya yang mudah lupa ni.

Duduk sebentar, muhasabah diri
Cas bateri dalam diri untuk menggerakkan Diri


Harapan itu sentiasa ada. InsyaAllah

uTara & Utara

Malam Jumaat semalam, saya dan keluarga bergegas ke Kampung di nun jauh ke utara. Menyeberang selat meLaka ke Pulau Langkawi..
Katanya tok wan akan dimasukan ke Hospital.

Dalam perjalanan yang jauh tu, Sebelum sampai ke Alor Setar untuk solat subuh. Radio kedah tu menyiarkan satu rakaman ucapan dari Timbalan Perdana Menteri tu kata sempena smbutan hari krismas, kata beliau,kita  amalkan prisip keagamaan yang sederhana dimalaysia ni ..dan peroleh keaman.Tidak ekstreM.
ermm apa maksud Beliau? ouh beragama pada hari raya, pada hari pernikahan, pada hari kematian sahaja? itu ke kesederhanaan? Entah la. Dari mengantuk terus terjaga bila dengar statement tu.


Sampai je di Jeti Kuala Perlis dalam pkul 10 pagi.. Terkejut habis sebab ramai sangat manusia disana. Diluar kebiasaan.. Musim Cuti .Mestilah. Selepas berbaris panjang untuk dapat Tiket boat, terpaksa tunggu lagi sampai pukul 11.30 ..untuk menaiki boat Coral3 ke Kuah langkawi.

 Dalam boat semua tertido kerana kepenatan.. Best naik boat dibuai ombak hahaha tak boley bla ayat.. skema habis..

Maksu dah tunggu di jetty untuk ambil kami ke Rumah dan melawat Tok Wan. Alhamdulillah semua ok.

Petang tu sempat lagi ronda-ronda di pekan untuk beli coklat dan tengok-tengok apa yang berkenan.
Abah masuk kesemua kedai Camera. Nak survey agaknya..

Gaya macam nak beli je. Sukanya kalau beli.. Tapi abah kate nak survey harga n compare kat KL nanti..
 


 Teringat dekat Farah, sebab Hari Jumaat Lepas, dia ada cakap nak coklat ferero rosche.
  • Dia order Ferero 2 boxs
  • Cadbury 2 bar
  • Daim 1

Waa banyak betul dia order, SUKA Coklat minah tu haha..haritu bagi malu-malu tak nak..

Hari Ahad sebelum balik naik Boat ke Penang untuk hanar adik balik USM, atok kirim kelapa, Bunga Kantan dan serai untuk bawak ke KL.

Orang tua memang camtu, kalau boleh suma dia nak suruh bawak balik.. huhu 

Oklah Lepas makan tengahari ni dah nak balik ke KL.
Nota Kaki : Udang Goreng besar Punya, Ikan Terubuk bakar dan Air Asam Hand made by tok. Perghhh..


Balik KL banyak perkara menanti untuk di penuhi..

Untuk kak Jannah

oPinjam buku akak kejap. Saya nak conteng!

Kak Shima : Athirah, tulis satu poem untuk akak..
Athirah : Saya tak reti la nak tulis dekat buku, dalam blog boleh  la.. hahaha

Saya cuba ye..  Khas , Seperti yang diminta.

maaf saya mulakan dengan Bahasa Penjajah.. =)

Her sunny smile lights
up every heart
and her gentle ways
her shy gaze hides
unwanted thoughts.

Beneath her quiet voice
are many words that
have gathered over time
and were left unspoken.

to be held and cuddled,
me finds comfort in Her..
warm and soft embrace.

Putting all my trust in Her
leaves no room for doubts
Sharing..
as she lives her happily life
as a beautiful shy women
The woman I call sister
Can make me smile when times are blue

Kita bebas menentukan, 
Kemana Langkah yang kita ingin tuju
Sis..
Pertalian ini, Bermula di tempat yang mulia.
Ingin duduk bersila dalam majlis tersedia pada bila-bila
Wajah....senyuman...tak luput dari ingatan
Ku nanti saat pertemuan dengannya
Kerana ikatan ukhuwah yang hanya fantasi pada orang lain
kini realiti Bila Allah beri.
Tentukan Kompas Ukhuwah ini kearah Redha Illahi
Ikatkan ia dengan Doa tautan mesra diantara hati semua


...ku sambut hari-hari ini dengan doa & senyuman



p/s : Nak upload picture orangnya. Tapi ini je yang ada.  Teka la yg mana satu hehe..

Sekian..

Tak Update

Kadang-kadang kalau tak update blog mengikut skala yang biasa ... tak apa.

Tak apa! kata  one of the blogger student malaysia yang stay kt Moscow.

  • Ambil masa nak hilangkan "Sentimental" 
  • nak pulihkan Tangan yang luka semasa potong Epal beberapa hari lpas.
  • Nak cari cara lain untuk menulis Blog.. |Identiti Gitu..| kata Orang Jawa. haha

Biaselah. Manusia ni tak boleh la happy je sepanjang masa, ada time dia emo gak. Kalau happy je ada mental problem la tu..

Tunggu...

Hari Lahir

Entri ni Khusus untuk sahabat-sahabat saya yang akan menyambut Hari Ulangtahun kelahiran mereka Tidak Lama lagi

  • Farah Jawahir
  • Nurul Shahirah
  • Nazira Zainul
  • Noor Hanida Ellias

Secara am nya.. Orang akan bagi Hadiah kecik atau besar.. Mahal atau murah, Depend kepada Budget dan ke ikhlasan diorang untuk meraikan hari bermakna sahabat mereka ni.

Sejujurnya, saya tak pandai pilih Hadiah. Sumpah,
Dah Roundz Satu Mid Valley tu, Masuk banyak kedai Hadiah. Turun Naik Bagunan tu, Tapi masih tak tahu apa yang nak dibeli..

Adik Kate, " Ko ni sentimental sangat kenapa, beli je laa... Teddy Bear ke.. Frame Gambar ke.. Simple kn.."
Aku jawap , "Memang la simple, tapi Bear tu kalau beli, letak dalam Rumah, Malaikat tak masuk tau. Ko nak tanggung dosa? Dosa sendiri pun tak tertanggung.. 

Huishkk seriusnyaa..

Frame gambar common sgt la..

"Ingat nak bagi buku je. Tapi, Kene pilih betul-betul..Mesti la ada kaitan dan Connection antara Si pemberi dan yang menerima",..Kata aku..

Sentimental tak habis-habis!

Susah betul. Macamana nak hilangkan Sentimental ni..

Eh korang tau ke apa Sentimental tu? hmmm buang karen je cakap, tapi tak tahu.. haha

Ala senang cite, macam ni..kalau nak buat sesuatu perkara tu, Nak bagi sesuatu tu, Nak cakap sesuatu tu.. mesti nak ada nilai-nilai yang Terbaik.

Biar ada kenangan gitu.. Bukan picisan la. Sesetengah perkara yang membawa makna tersendiri dan bermanfaat.

saya pun tak suka sangat sebenarnya berada dalam situasi ni, Tapi its come naturally..

Lepas ni kalau ada siapa-siapa tahu macamana nak Hilangkan sikit Sentimental.. tolong habaq mai ok..

Saya masih ingat ketika pertama kali bertemu mereka, biarlah saya simpan dalam kotak memori ini selagi diizinkan Allah..
 
Saya memulakan persahabatan atau renew cara persahabatan dengan ingin mencari 
"definisi Baik"..

Self satisfaction ofcourse.. Saya renew segalanya, bermula dengan Niat.. 
Bila Allah mudahkan segalanya.. jadi saya rasa ini yang terbaik.

 Istimewa Hari Lahir Sahabat

Sahabat, adalah saham akhirat kita

Sahabat
aku akan berdiri di sisimu
sentiasa
bersamamu
walau berjauhan
tetapi doaku tetap melayang menujumu
sahabat
aku tidaklah mengharapkan hartamu
namun kumengharapkan doamu
ukirlah senyuman setiap kali kau memandangku
sesungguhnya doa dan senyumanmu menghidupkan daku

Wishing you all the great things in life, hope this day will bring you an extra share of all that makes you happiest.

In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… 

Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin



saya tunggu awak

Dah beberapa hari tak menulis.. sebab hajat nak kumpul dulu ilham.

  1. Dari hari training HIJRAHtoEXCEL
  2. Ke LOWYAT beli HARD Disk 1 TERA BYTE

semua nak di tulis, tapi Malas. Tak tahu kenapa..
kemalasan dan kepenatan membatalkan hajat ..
Maka Hajat tinggal Hajat haha..

Penyakit "M"

Harini, rasa tak nak lepaskan segala apa yang aku nampak, apa yang aku dengar apa yang aku fikir dan semua tafsiran..

Betul atau salah,
Logik atau tak..
Fantasi atau realiti..

saya tak pasti,

Yang saya tahu, itu yang saya mahu..  bukan nak imaginasi tinggi-tinggi sampai cecah langit.

 MAHUUUuu??? Tapi siapa yang nak beri?

Biar saya mulakan dengan mukadimah dari Hilal..  Dia sahaja yang setakat ni boleh explain dengan jelas apa yang tersirat de'Minda dan De'Hearty ni..


Saya menunggu awak

Saya menunggu awak
dengan mata tertutup saya melakar

hidup dan menanti
berjuang dan menjaga diri
perang dan mempertingkatkan peribadi

saya menunggu awak
untuk menyelamatkan diri ini

menunggu dan terus menunggu
hari kita berpimpin tangan untuk ke syurga abadi

Walau seribu orang menyapa
merasakan peluang masih wujud untuk mereka
menyatakan takdir antara kita belum tertulis
saya tetap menanti awak dengan setia

irama ini saya pahat di dalam hati
saya tanam di dalam jiwa

kalau hari di dunia tidak tiba
maka di akhirat nanti adalah pengakhiran penungguan saya


Bahagianya bila dengar cerita kak shima semalam. Walaupun tak tahu hujung pangkalnya.. Apa cerita sebenarnya.. Tapi, saya bayangkan yang baik baik sahaja. 

bila jalan dengan Fiza semalam di KL sentral menuju ke Kiosk Cake Secret Receipe, saya tanya dekat dia, Bila la dapat jumpa special someone kita kn?

Dia jawap, Ha??

Saya senyum je, Sedar, yang soalan luar alam camtu memang orang tak ada jawapan. Lebih-lebih lagi, tanya time orang baru balik kerja ,Penat-penat~

Maksud saya, seseorang yang istimewa, tempat kita berkongsi segala rasa, kongsi cerita ..kalau nak gaduh pun kita tahu antara kita dan dia je. Nak terasa merajuk pun kita tahu dia akan pujuk.. terang saya panjang lebar.

"Ohh..." ..Fiza baru faham.., Sabar Thirah, suatu hari nanti kita akan jumpa jugak.

Jawapan standard! Saya tak harap lebih pun sebenarnya, sebab tahu. Soalan tiada jawapan. Hanya Allah je yang tahu.

Saya tengok je kak Shima.. Dari kedai Coklat ke Kiosk kek.. bersungguh betul dia. Bahagia nya..
Cemburu! :)

Sampai je rumah lepas selesai solat dan Makan malam, Ibu cerita jiran sebelah tu, anak dia dah nak kahwin.

Dah tahu Pun, so dengar  repeatation dari ibu tu secara biasa-biasa je , sambil suap kerepek ubi kat mulut .. mata dihalakan ke TV,
Ibu sambung cerita, Aunty tu tanya, "anak You bila nak kahwin?"..

Nak tercekik kerepek ubi tu.. cepat-cepat gi dapur minum air..

Dengar adik dan ibu tergelak kat ruang tamu..Aku pun senyum je..

Haha.. aku tanya ibu balik, erm, so bila nya boleh kahwin ni? 
sambil senyum-senyum..Konfiden + poyo!
Dalah hati kutuk diri sendiri, Calon pun tak ada lagi.. Ceeyhhhh~

Ibu kata kalau dah ada, cukup syarat orangnya, bawak datang. Kita On je.
Waa green Light tu..
Hmm 

Saja nak sedapkan Hati, saya jawap; 
  • Tak ready lagi la, 
  • Banyak lagi kekuragan. 
  • Masak pun tak pandai, 
  • Banyak Malas dari Rajin.. 
  • Belajar pun belum habis, ...yg paling mustahak, 
  • Duit pun tak cukup lagi..

satu satu alasan diatur untuk menutup Isu Kahwin ni. haha 

I raise my case!! 

Doa tak putus-putus untuk perkara yang satu tu.

Takut sebenarnya nak Commit dengan lelaki.
Sebab tahu, kebanyakannya tak tahu maksud perkongsian Ikatan ni.
Maybe I expect too much. But better get ready for the worse kn orang cakap.

Bukan nak sempurna Level Ustaz pun.
Sebab tahu manusia penuh dengan kelemahan. 
Yang penting , dia ada ilmu agama yang cukup. 
Bagaimana dia melihat kebaikan agama Islam ni..
Mampu jadi IMAM..
Bukan hanya sekadar Mampu Duit 
Akhirat ...yang berat di dalam pemikiran.


Arghh payah betul nak explain benda ni. 

Kita hidup ni sekejap sangat. sekejap!!
If it really someday for me,When will he come my way


|**Dia yang mampu menenagkan dari Resah |
True Love start somewhere
I'm Here

wish road will never end

Hari khamis yang panjang..

Sebenarnya dari isnin pun dah terasa panjang dek kerana banyak nya kerja.
bertimbunya kerja di pejabat nun.
Banyaknya kerja yang tertangguh dan bertindih-tindih.
Habis yang ini. Masuk yang lain.


Tapi walau macamana pun rasa kusut hari-hari tu, bila datang Khamis, semuanya bagai berjalan on track.
Memang banyak kerja. Tapi macam ada kelonggaran dirasakan.
Boleh je berjemaah . Alhamdulillah.
Sebab esok Jumaat.
Jumaat selalu rasa bersemangat. Rasa ada berkat.

Sometimes I wish life had traffic lights, it would tell us when to go for it, when to be careful & when to just stop.

 

Perjalanan balik kerja dalam bas harini, tak rasa langsung perjalanannya.
Pelik!!
Rasa sekejap sangat.
Entah!!
Seronok agaknya berbual dengan kak Shima..
Agaknya begini rasanya best ada kakak.

Kalau nak adik boleh la mintak kat "parent"  . Cakap je,"mak, nak adik.."
Pastu nanti mak cakap "nak berpa? " ahaha.. ( funny thot)

Tapi macamana anak sulung nak mintak kakak? nak mintak abang? haha tak boleh tak boleh..

Best agaknya berkongsi cerita macam-macam. Hmm...

Terlupa!

Sampai terlupa yang aku Puasa harini.
Dalam Train baru teringat, Tak beli apa-apa untuk berbuka.
Takkan nak Telan air liur je. Mana boleh camtu.

5 Minit Before Azan Maghrib adik Call, Tanya lokasi dan beli apa untuk berbuka.
Aku geleng kepala je.
Pastu tersedar, eh mana dia nampak dalam telefon ni.
Dua kali dia tanya, "kau beli apa nk buka dah ni ? "
Lambat-lambat aku jawap, "Tak beli apa-apa" ..tak ingat..

Kalau tak ingat nak puasa tu Logik la kan.
Ni tak ingat nak buka puasa... APA MAKNANYeeeee tuuu?
Parah Parah..

Sempat lagi kne Smash dengan adik "ko korek idung je la"
Huhh sinis tapi kelakar.

Bukankah Tuhan Ciptakan Malam untuk beradu, nantikan Siang
Bukankah Tuhan titiskan Hujan nantikan kemarau..
bila menitisnya hujan,
aku bergembira
kerna aku adalah manusia yang tidak mampu mengalirkan air mata
hujan adalah tangisanku
seakan-akan aku dirai dunia
alam memujukku dengan suasananya
hujan bukan hanya hal aku dan engkau semata
hujan hal dunia dan semua memerlukannya
kerna hujan asalnya rahmat daripada Yang Esa
^_^

I'm Not Your Favourite



But as a friend,
I've kindda got your heart set on someone else,
But you're still an amazing person,
And a great friend,

Sometime you keep near, and far
Saying "Hi" and saying "Bye"
These words hit me like .......
I was just punched in the gut,
I Start to feel really bad,
I feel like the meanest person who walked on this earth,
Thoughts run threw my head,

So you'll consider smiling,
But wouldn't that make me feel worse,
But still you're a close friend
I don't know what to do,
I just want you to smile

I cant bare to see you sad,
Some days I’m funny, others I’m not,
sometimes I’m in overdrive and can’t stop

I am only me, that is all that I can be
No more, no less, don’t second guess
I love, I laugh, I live and cry,

It don't feel good,
Not that it should,
You will never know

My logic is all my own
at times misunderstood,
because I don’t always do things for my own good


|| Tak tahu nak buat apa ||
||  Stay close near me  ||
ini Sayang bukan ?!~


Angin Malam

Before Azan Asar Hari terakhir Hijrah 1431 semalam SMS dari sahabat diterima ajak minum-minum lepas kerja.

Yup, invitation dari sayla, siapa boleh tolak?
Lagipun memang dah lama sangat tak keluar duduk-duduk dengan mereka.
Gembira.
Tapi kerja yang bertimbun kt opis tu buatkan mood sedikit terbantut.

Malu juga untuk berhadapan dengan diorang sebab dah lama tak jumpa. Perubahan yang macam-macam secara zahirnya terjadi kat diri ni.
Ingat nak buat plastik surgery je haha idea gila

Macam-macam cerita keluar bila dah duduk semeja.

Tengok gelagat manusia yang tak pernah kosong di NZ tu pun boleh jadi cerita.

"Kalau min and anryra ada mesti lagi best" kata Sayla
Semua setuju.
Betul lah, Min memang penyeri keadaan. Paling riuh. Rindu pulak kat dia.
Bila teringat segala "kelatahnya" rasa nak tergelak.

Perut memang lapar as dari siang tak makan apa.
Order Nasi goreng kampung (extra cili api) dan telur mata
Neslo

Yang lain pun order menu masing-masing.
Sayla : mee goreng mamak (mamak je ada kt situ) dia mmg suka mamak ni haha
Shiro : Nasi goreng kerabu (tak nampak pun kerabu nya)
Shahira : tak makan cuma minum Neslo je.

Lepas makan, nampak meja sebelah order baik punya Roti Tissue..
Tinggi lain macam. Rasa nak rasa.
Kiteorang pun order gak rotinya
Roti Tissue paling tinggi pernah tengok.

Haha.. sedap makan roti ni ramai-ramai.

Shiro geram dengan orang kat meja depan tu sebab makan tak habis, Membazir je.. order banyak 
(sorang satu)

hehe concern betul kawan aku sorang tu.  mana taknya, memang terlebih concern, semua orang yang lalu lalang kat situ dia nampak. Yang hensem yang pondan, yang buat aksi terlebih semua dia capture.

Hmm.. Dari cerita shahira, macam-macam ragam lelaki dia jumpa. Semuanya "Bodoh"..
Eh, memang tak biasa aku guna istilah tu, tapi bila dengar cerita dia semalam, laju je mulut ni sebut.
Mana taknya................................................. ermm simpan je la cite tu. 
(shahira memang berani)

Sayla macam biasa. Nak tunggu dia cerita, memang tak punya.
Kalau dia bukak mulut cerita tu, Bertuah la.
Bukan aku tak nak tanya. Malas nak provoke. Bagi aku kalau dia nak cerita.. dia akan cerita.. selama yang aku kenal dia ni, dia begitu.
Aku tunggu dia cerita je. Bila dia cerita tu tandanya dia memang nak kongsi. Kalau tak, Jangan harap.

Memang tak puas hati sebab, dia yang tengah serabut sekarang. Tapi satu pun tak keluar dari mulut dia. Hint tu ada. cuma huraian lanjut tak dengar pun.

Aku harap dia dan kawan-kawan aku yang lain tu, dapat apa yang dihajatkan.

Selain dari tu, kami cerita berkenaan wedding anyra yang akan berlangsung 1 januari 2011 ni.
Semua cakap anyra nampak bahagia dan berseri-seri.
Bila la bahagia begitu jadi milik aku? Tumpang bahagia dengan kegembiraan dia .

Lepas anyra mesti sayla yang akan follow jejak anyra. haha saje usik dia.
Walau apa pun keputusan diorang. Kita tak ada hak nak campur.

Siapa kita nak melebihi takdir Allah? bukankah takdir melebihi Tadbir~

Allah, kalau la aku ada kekuatan bagi tau diorang aku sayang diorang secara lisan.
Kalau la.
Tak penting pun semua ni? siapa cakap?
Aku cuma tak nak rasa rugi, tak nak nanti dah terlambat baru nak mengaku.

Allah suka orang yang sayang kepada sahabatnya..
Perintah Allah yang satu ni pun kalau kita tak boleh ikut. Macamana nak follow yang lain?

Tak apa kalau diorang tak sayang aku.
Coz no matter what they do ..they say..They could never know how does its effect me.

Logik
Orang sayang kat seseorang kerana rupa paras
kerana wang ringgit
kerana kedudukan
kerana advantage yang diorang akan dapat

kerana apa lagi?

kerana kebaikan dia?
kerana keperihatinan dia?
kerana hati dia baik?
.........................................Zaman sekarang mana orang nampak semua tu. Kalau diorang tengok dengan pandangan zahir semata?

Back to the story, Sebelum sampai rumah, Sayla Isi minyak.. Aku letak RM 10 dalam purse tanpa pengetahuan dia.
Memang tak nak dia tahu pun. Kalau dia tahu dia memang tak nak ambil. Sama la dengan shiro atau siapa-siapa.
Erm ada jugak orang yang ambik . Pernah Jumpa. haha.

Balik rumah lepas selesai soLat Isyak. SMS sayla masuk. Dia tanya duit tu.
Aku tak jawap atau mengiyakan pun tentang duit tu. Hanya ucap selamat malam dan terima kasih  je.

PUNYA LA MARAH DIA DENGAN AKU.

Kalau la dia tahu, Bukan nilai Wang Ringgit tu yang aku nak sangat bagi.
Bukan

Terima kasihnya aku kat dia sebab selama ni, dia la yang ambik dan hantar aku balik.
Dia la ajak aku kesana kesini.
Aku nak balas macamana lagi? Nilai Note Merah tu memang tak cukup pun sebenarnya.
Dengan harga minya naik sekarang. Aku hanya bertimbang rasa. Bukan aku nilai persahabatan kiteorang ni dengan duit. Jauh sekali.

Bila dia dah marah begitu, apa yang mampu aku REPLY selain

SORRY.

Tau apa dia Reply?

SORI NAIK LORI LA..

Senyum tawar malam tu sebelum Tidur.

Marahnya dia dekat aku.

..menuju Hijrah

PerjaLan akan meninggalkan jejak.. Bergerak!

Bersedia untuk bergerak kearah kebaikan. InsyaAllah

Hijrah 1432

Walau setepat mana kita merancang
Walau persiapan yang elok kita atur
Siapa tahu esok dan seterusnya Bagaimana.
yang penting ialah kita Bersedia.


Semoga dengan ucapan SALAM MAAL HIJRAH 1432 ni akan menguatkan semangat kita untuk bergerak. Bergerak dengan doa seiring langkah.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA.

aduh

Huhh ni la yang den tak gomar bila bukak je FB, akan nampak la status kawan-kawan yang tak puas hati dengan kawan nya..

contoh ayat
"aku tak perlu la kawan macam kau ni"
"Suka hati aku la, kau ni bila boring nak cari aku"
"menyesal aku kawan dengan kau"

memang tak best langsung bila baca.
walau bukan ditujukan kat aku, tapi napa perkara, ayat camtu leh timbul?

Korang kawan dah lama, tapi korang tak tahu macamna nak berkawan.
Baik, kalau betul terasa dengan kawan tu, cuba selidik dulu.. cari time untuk slow talk..
bagi masa kat kawan tu, Pelbagai kemungkinan boleh jadi. Bila korang bising-bising kat FB tu, semua orang baca, termasuk lah "mutual-mutual fren" korang tu.. kan jadi tak elok..
Orang tahu. Timbul fitnah.

Alah memang cakap senang kan..kau tak rasa.

Yup siapa yang tak pernah rasa. Rasa dipergunakan.. rasa diperalatkan.
Cepat-cepat istighfar.
Allah maha adil.. ingat itu je.

Pernah satu ketika dulu, rasa sebegitu, diperlaku oleh rakan sebegitu.
Hati saya tak tenang langsung sebab sibuk berkira segala kebaikan yang dah dibuat. 
Tak boleh jadi, kerana bila rasa camtu, kita tak boleh kemana. asyik mengungkit je.

Sekarang pon rasa terjadi perkara yang sama, cuma luahkan kat adik tadi..
Adik cakap : "ko sayangkan kawan ko tuh"

terkebil-kebil dengar dia cakap mcam pakar kaunseling.
Dalam otak sibuk translate "sayang" yang dia maksudkan tu..
A'ah la, hati aku mengiyakan, aku memang ada rasa sayang kat kawan aku sorang tu, sebab tu terasa dengan dia.
Dia selalu kongsi macam-macam rasa dengan aku.
Dia selalu cerita macam-macam dengan aku.
Dia selalu cengeng dengan aku
naik menyampah kadang2, rasa nak penampar haha..

gurau -gurau je..
Pelik bukan hubungan sahabat ni.
Jika kita seorang yang rasa kan silaturahim ni tak apa.
Jika kita seorang yang sanggup menolong sahabat kita ni , tak apa.
Buat seikhlasnya..
For another chance, re-pay Siapa yang kita cari?
Saya tak nak apa-apa. kalau ia tak mendatangkan redha DIA.
kalau tak ada kebaikan . Untuk apa. gembira sementara.

Entah kenapa aku sayang sangat dengan dia. Memang tak elok sebenarnya attached dengan orang ni.
Memburukkan diri. lebih-lebih lagi one-one situation. Dia je nak menang.

Aku harapkan yang terbaik untuk dia. 

|Char kuey teow|
Atas katil berskype dengan Dia
Be good . be good.

**dambakan sahabat sejati!
It is better to have nobody than somebody who is half yours, half there or doesn't want to be there, or is there and then suddenly disappears.
Why. Why you have to do this to me..