kemana kita Hijrah kali ni?

Mengikut status FB farah, sahabat saya, lagi tujuh hari kita sebagai umat Islam akan menyambut awal muharam. Iaitu tahun baru Hijrah.

Saya bercadang hendak menulis berkenaan Hijrah ni esok esok..
Tapi bila terpandang Status farah tadi, Teruja pula.

to live well or to live hell? you choose


Semasa di pejabat siang tadi, dah dengar-dengar orang sibuk nak apply cuti .

Tapi yang tak bestnya.. 
Pertama;
ada pulak yang tanya, cuti apa ye hari selasa ni?
Tak ingat????
Busy benar gaya nya.

Yang kedua;
Dalam toilet , siang tadi, saya terdengar perbualan senior-senior.. kenapa saya panggil mereka senior? haha sebab diorang dah makcik-makcik.
Respect la panggil senior kn.. pun sama.. mempersoalkan cuti apa minggu depan?
Rasa nak menyampuk je atau jerit kuat-kuat bagi tahu mereka bahawa minggu depan 8 december 2010 kita sambut Awal Muharam!!


Busy nya kita sampai lupa hari-hari besar dalam calendar Islam.
Saya bukan marah. Cuma kecewa sikit, kesal sikit.

Elok lagi rasanya orang-orang muda ni..Sekurang-kurangnya.. menantikan kedatangan HIJRAH.
Siap Countdown!
Salute la dengan remaja-remaja yang ambil berat, Ambil tahu perkara yang hampir diketepikan oleh masyarakat pada hari ni.

Saya tak nak ulas panjang lebar topik Hijrah kali ni cuma nak bagi suntikkan sikit. Suntikkan untuk diri sendiri..
Eh, saya yang tulis.. tentulah saya cakap pada diri sendiri.. hehe pesanan untuk hati.

Saya nak tanya, Umur kita ni dah berapa tahun?

“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminuun ayat 115.
 
Adakah hakikat itu satu perkara kecil yang boleh kita pandang enteng?

Pernahkah anda membayangkan, kita yang kecil ibarat kuman, kerdil tersangat kerdil ini berdiri di hadapan TUHAN Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Berkuasa, di akhirat nanti? Masa itu agaknya apakah yang akan kita suarakan, apabila Dia Yang Maha Suci itu bertanya:

“Masamu dahulu, apakah yang kau telah lakukan dengannya?”

Mengingatkan ini, jiwa saya terasa sempit.

Takut yang teramat.

 Last but not least

Nabi kita dulu Hijrah  dari  mekah ke madinah

kita sekarang? 

  • Hijrah Perasaan
  • Hijrah keegoaan
  • Hijrah perbuatan
  • Hijrah kearah kebaikan.
  • Hijrah lifestyle
  • Desire

PERFECTION IS IMPOSSIBLE, BUT THE EFFORT TO BE A BETTER PERSON IS MATTERS.
CHANGE FOR GOOD iS NOT A CRIME!!



Forward je

Harini rasa lapang, bukan kerana bos cuti atau pergi inspection luar. Erm yer mungkin juga.. tapi.. lebih kepada perkongsian Link Maher zain awal-awal pagi tadi. Bukan saya tak ada lagu dia? Banyak.. saya dah tahu Maher Zain ni wujud agak lama sebelum orang dok sebut-sebut Maher zain tu.
Tertarik dengan genre muzik yang dibawa..
 
·         Mengingatkan kita kepada pencipta
·         Sekurang-kurangnya boleh berzikir
·         Setidak-tidaknya hati ni terdetik Allah
·         Menyedarkan pendengar.
 
Bukan setakat dengan dan Layan. Bukan itu yang Dia ingin sampaikan..
 
Di pejabat tadi, saya tersenyum apabila FORWARD email dari Kak Shima. Link lagu Maher Zain..
Feedback dari kengkawan sangat positif.
 
Bukan beriya sangat nak sebarkan lagu Maher zain ni pun sebenarnya, rasanya diorang boleh beli je kat kedai sekarang ni..tapi bagi saya, jika orang yang sedang buat kerja tension dan bila dengar lagu ni, percaya atau tidak, Dengan kuasa Allah.. hati akan lembut sikit. Sejuk sikit dengar kalimah Allah.
 
Betulah dalam firmannya.. “Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang”.
 
Yang nak marah akan fikir dua tiga kali.. bait-bait lagu ni yang menyedarkan kita sebagai hamba, kebergantungan kita hanya Pada DIA.
Tak percaya. Cuba tengok lirik-lirik dia.
 
Ustaz cakap, kita tak boleh kata “ Lagu ni buatkan saya Tenang” kerana Hanya pada Allah kita akan mendapat ketenangan. Lagu maher zain ni sebai medium. Hanya method yang digunakan je mengajak kepada mengingati Allah.
Itu caranya.
 
Rasa gembira sangat-sangat dapat berkongsi benda baik macam ni
 
Kak Don cakap mak dia suka sangat lagu ni masa saya bagi dengar kat dia dulu.
Dia kata dia tak pernah tahu pun lagu nasyid macam ni sekarang?
 
Saya jawap, yelah.. kita dok malaysia ni tak terdedah sangat dengan perkara-perkara dakwah universal camni, cuba pegi United kindom, Australia.. Kalau kena pada tempatnya, mereka berdakwah lebih hebat dari Malaysia ni.
 
Kawan saya cerita masa YM dengan dia bulan lepas, pelbagai event student dan pensyarah aturkan untuk programme disana. Ada saje Talk dan Usrah dijalankan at least seminggu sekali.
 
Saya tumpang gembira untuk diorang. Pelbagai buah fikiran boleh ditukar bila ada perbincangan. Mengeratkan hubungan silaturahim.Nampak tak?
 
Perkara-perkara remeh camni memang orang sekarang dah tak ambil peduli, letak tepi.. sesekali bila nak kenduri kahwin, nak buat cukur rambut baby baru la diorang cari masyarakat untuk buat itu dan ini, yang lain.. tak perlu..betul ke camtu?
 
Benda ni kalau sesiapa yang rasa, manisnya ikatan ukhuwah tu, Rasa nak nangis. Betul. Rasa kasih sayang Allah dari Makhluknya.
 
 
Terdetik dekat hati, masa belanja makan seseorang tempoh hari.. Bukan saya rancang nak fikir begitu, automatik..
Saya kata dalam hati, Ya Allah, saya sayang mereka, kalau Allah takdirkan kita masuk syurga, saya nak bersama dengan mereka.
 
 
Kesimpulannya..
 
Lagu Maher Zain ialah alternatif kearah kebaikan. Jangan salah guna. Bukak Hati untuk terima pembaharuan..pembaharuan yang baik sebenarnya.
 
Semuanya atas kita, bagaimana kita ambil sesuatu perkara tu, bagaimana kita bertindak kearah perkara tu..
 
Bila kita tahu bagaimana kita nak berakhir.. kita akan tahu bagaimana hendak bahagia.
Kerana bahagia bukan hanya dihujung.. tetapi bahagia ada disepanjang perjalanan..
 
** sami yusuff
**outlandish
Antara yang popular dan saya follow..
 

kehilangan itu ujian..

 Agak lama tak online. Status FB, Entri Blog pun tak update.

 

cursor terletak di Whats on your mind facebook..laju je tangan ni type; 

 

you can't control your emotion, but you can always control your action. Jadi kemana sebenarnya nak dibawa semua rasa ni ??

 uishh deep nye kata-kata

 

dah tak tahu nak tengok apa dekat Facebook tu, sebab dah seminggu tak bukak. Ya Allah, banyak nya yang terlepas.. Bersarang!! Rasa tak larat nak scroll older posts

Tapi itu semua bukan yang saya 'Nak' sangat tengok..

cuma, mana la tahu kalau-kalau ada kawan yang dah kahwin, bertunang, kemalangan, itu yang perlu tahu.

 

Minggu yang panjang rasanya. Macam-macam perkara terjadi .

Yang gembira 

Yang mendukacita

Rasa nak luahkan semua. tapi tak tahu mana nak mula.

 

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Penyayang

Saya tak dapat lupakan hari semalam, semalam punya semalam pun.

 

semalam handphone kesayangan saya hilang, Hilang diambil orang.

 

Bagaimana ia hilang?

Bagaimana saya boleh tahu kerana dia hilang tanpa pengetahuan saya. Kalau saya tahu bagaimana..tidaklah ia dinamakan hilang. Betul tak?

 

Sangat sedih diatas kehilang tu. 

sedang saya duduk-duduk tepi tasik Masa hendak pujuk hati tempoh hari..tiba-tiba satu ayat melintas difikiran

adakah kamu menyangka kamu dari golongan orang yang bersyukur jika kamu tidak diuji.

sebaris ayat itu seakan memukul diri. Teguran Allah untuk hambanya yang satu ini. Menangis semahunya ~

Kembali Tersedar, semua yang ada dilangit dan dibumi ini milikNya. Hati Redha. 

Lama saya berteluku didepan tasik di star-park tu....

bila dikenang-kenang..rasa macam OVER seperti kehilangan orang yang disayangi pula.Walhal HP je.

Cuba tengok orang tu, Hilang macam-macam. Lebih lagi dari HP tu. MasyaAllah.

 

Yup ayat-ayat diatas, ayat pujuk diri. Siapa lagi nak pujuk kalau bukan diri & hati sendiri. kn?

Alhamdulillah saya mampu tersenyum siang tadi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat . Saya tahu kamu semua lebih bermakna dan bernilai dari HP saya tu.

 

Biarlah saya simpan kisah atau justifikasi semasa saya hendak membeli HP pink kesayangan saya tu. Susah senang nak dapatkan HP tu, saya bukan jenis yang kalau hilang harini esok boleh dapat. Bukan. Walau keluarga nak bagi, saya tak mahu menyusahkan..cukuplah mereka dah besarkan saya seperti ini. sampai hari ini. Segala perhatian , kasih sayang mereka. Takkan la saya nak tambah susahkan hati mereka dengan permasalahan "ciput"ni..

 

Semestinya, hati ini, kita isi dengan yang baik-baik sahaja. Yang buruk-buruk, kita campak keluar. Namun, kesediaan untuk menerima semua pandangan, teguran tetap perlu ada dalam jiwa kita. Sebab itu,  perlu lapangkan hati, untuk kita memberi peluang pandangan baru masuk..

 

Harapan saya

  • Orang yang mengambil HP saya tu gembira. Kerana mungkin selama ini dia berhajat sungguh nak berHP ..saya harap dia akan gunakan dengan sebaik mungkin. Dan satu hari nanti dia akan sedar dan bertaubat.Saya harap sangat.

  • Saya harap, Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya.

  • Selain, kehilangan HP sony Ericson saya tu, saya harap teguran halus Allah tu,saya akan mendapat keredhaanNya. Kebaikan dariNya.

  • Siapa kita nak merungut itu ini diatas pinjaman Sementara . Redha .satu je penyelesaiannya

Allah. Akhirnya, Allah jugalah sumber kepada semua yang dikehendaki oleh kita tadi. Kekuatan, ketenangan, kebahagiaan, semuanya adalah daripada Allah. Allah yang memberikannya, Allah yang menariknya semula.

 Ralat

  • contact number kenalan

  • gambar-gambar kenang-kenangan. Memori terindah sepanjang bersama HP tu.Saya suka ambil gambar pemandangan. Jadi banyaklah :)

  • Lagu-lagu kegemaran saya semua ada dalam HP pink Sonny Erricson 4 Gigs saya tu.

  • HP tu pink. Saya tak banyak barang berwarna pink. HP tu je la. kawan-kawan kata cute. sekarang dah hilang.

  • At last, ofcourse kecuaian diri. yelah, yang buruk mesti datang dari manusia itu sendiri kan. Ketuk kepala sikit. auchh!

Bukan bukan

Dah lama sebenarnya saya nak terangkan perkara ni,
Ada beberapa orang secara tepat 5, 6 orang je sebenarnya tanya.

Awak ni budak sekolah agama ke dulu.
Saya kata: taklah.. dulu tak pandai , sebab tu tak dapat masuk sekolah Integrasi yang orang dok cakap tu.

Jadi awak ni aliran sastera ye? 
saya gelak, dan kata ; tak lah.. dulu saya mane suka sastera ni, setakat Bahasa Melayu pemahaman & penulisan yang wajib dalam silibus SPM tu ok la A1 hehe

mane la reti sastera hikayat merong mahawangsa tu bagai.
aci redah je  sebut.. betul ke ada hikayat tu? hentam je..


Habis tu? 
oh dulu masa Sekolah, waktu PMR saya ter-pandai sikit..,
jadi cikgu masukan saya ke Aliran sains tulen. Pure science, bunyi macam hebat jew. tak lah

Tak boleh la masuk dengan kimia bagai tu, setakat biologi and fizik tu boleh la lagi .

Saya minat Teori.

Dengar orang cakap siapa amik aliran sains ni pandai.
Entah, saya tak rasa macam tu.. sengal-sengal je kawan-kawan saya.. 
tapi lepas la ke German, Jepun , UK, US.. tuu..



saya je di takdirkn di Malaysia. hehe tu pun tak sambung habis.
Entah, Allah dah susun macamni. itu yang terbaik rasanya.Alhamdulillah saya gembira disini

saya tanya dia semula, kenapa tanya saya aliran sastera? 
Dia kata, saya baca dekat Blog awk  gaya macam busak sastera je?

Tu puji ke perli? hahah

Tak kesah laa.. tapi saya tak panjangkan perbualan tu sebab dah mengantuk.

Ingin saya jelaskan disini

saya menulis kerana

  • ingin mengekspresikan diri 
  • ingin meluahkan rasa dengan penulisan
  • ingin membetulkan persepsi saya 
  • perlu kekuatan untuk meneruskan langkah
  • saya tak berapa pandai berkata-kata jadi saya menulis..
  • inginkan jawapan
  • untuk motivasi diri
  • sebagai medium untuk "Hijrah"
  • saya tak da harta berjuta-juta, jadi jika dengan Blog penulisan saya ni bolehla dijadikan kenang-kenangan
  • saya ada minat seorang penulis muda ni. Dia memberi Inspirasi ..hehe
  • dan semestinya menulis ni sebahagian dari Ilmu, Tarbiyah..menyampaikan..
Cukup tak alasan-alasan saya ni?
saya tak tahu bila saya mula cintakan penulisan, Bila saya jatuh cinta dengan Buku.
Bila saya ingat-ingat balik zaman sekolah dulu, punyalah payah nak bukak buku.
Time exam baru la kelam-kabut nak cari page itu ini.
Haha

tu la orang cakap, jangan tak suka , nanti terus terpikat hehe ada ke peribahasa camtu?
tak ada rasanya...

saya menulis secara general, kadang-kadang saya serius.. kadang-kadang saya menulis dengan apa yang saya rasa. Simple.

Ok lah, saya akan berehat untuk beberapa ketika.. Esok my sis akan pulang ke rumah so, no privacy.. kalau ada pun sekejap. Saya malu la kalau menaip di blog jika ada orang tengok.

hehe sampai disini dulu..
 
sedikit doa :

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu hanya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

basahnya bumi ditimpa hujan

hari ni tak hujan tapi basah..

basah kerana air mata
Satu je rasa harini.. 'NOBODY"


Saya tanya diri saya, apakah aku tidak diterima? sehingga terasa sedemikian rupa.
Mainan hati ,suara bisikan syaitan sebenarnya. saya tahu tapi saya tetap bertanya..

Bagaimana nak hadapi semua kekusutan. 

Sambil duduk-duduk, bertenang, berfikir, bermuhasabah dan mengkoreksi diri.

KALAU AWAK SEDANG BERSABAR, TERUSKAN BERSABAR, KALAU AWAK SEDANG BUAT BAIK, TERUSKAN BUAT BAIK
Email Reply tu seakan-akan menjawap.

seperti Allah kata, "Tadi kau tanya apa yang perlu kau buat, sekarang aku wakilkan seseorang untuk menjawapnya"

Tanpa boleh ditahan-tahan lagi, tear coming out .

Lepas solat Asar tadi, rasa macam nak sendiri-sendiri sekejap. sudut paling hujung menjadi pilihan.Tambah sakit kepala yang dah lama tak rasa..menykarkan untuk lawan kesakitan. Terlelap rasanya 10 minit disudut tu.

Lega jugak rasanya dapat pejamkan mata.Alhamdulillah

Have you ever wondered which hurts the most?
saying something and wishing you hadn't? or saying nothing and wishing you had?
i guess the most important things are the hardest things to say.

Hidup ini sibuk bukan? Kadang-kadang, kepala kita penuh dengan pelbagai permasalahan yang menyumbat. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kerja, masalah rakan-rakan. Segalanya menjadi persoalan dalam kehidupan..

Hilal kata : orang yang banyak persoalan dalam diri dia, ialah orang yang berfikir, orang yang berfikir tak kan pernah berhenti muhasabah diri.

In your eyes ,people can't seem to see anything, its because your eyes are covered up by tears! ... I'm not crybaby.... NO

Harini mesti sebab Hormon tak seimbang. 

p/s : Malu sebab tunjukkan kelemahan. Belum bersungguh-sungguh sebenarnya.


The Book help alot

Just a lil feeling here & there

Still can cry , Shed a teara. Maknanya masih ada hati.

Be Good. Patient.


it just...

Selesai exam Prinsip perancangan Sumber Manusia petang tadi.. Terus meluru ke Toilet. Sejuk yang teramat kesan air cond & hujan..
Lupa bawak sweater masuk ke dalam dewan Exam.

Tepoh exam 2 jam dan tangan langsung tak berhenti menulis. Maklumla soalan Essay..
Takkan 20 markah nak tulis half page je kan, paling koman pun 2 page.
Sampai melecet & lenguh tangan kanan ni huhu..
tu baru satu soalan..

Lagi dua. pun sama.

Alhamdulillah, allah permudahkan dalam menjawap exam tadi.
Thanks to all who pray for me. Alhamdulillah

Lepas exam, On Handphone 2 Massage received.
1 dari Kak Wati - kerja banyak kt opis laa ape lagi kn..
1 dari my sister - remind pasal Khamis ni. Jangan lupa pick her up at Jalan Duta. (tak sabar dah ler tu)

As dari pagi tadi dapat 4 SMS ucapan Good Luck . Saya bersemangat.

Balik rumah kelaparan, kerana lepas minum pagi tadi, tak makan langsung sampai pukul 6.
Terjah ke dapur. Lauk sup Daging, Sayur goreng..
Tak menarik minat pulak.

15 min kemudian Abah balik bawak Ayam Mas. wow Rezeki betul
Makan ayam panas-panas time hujan sejuk-sejuk memang nikmat.

Lepas maghrib , lepak dibilik online.. terdengar perbualan abah & ibu diruang tamu..
Abah cakap tentang politik sekarang (biasa la orang dewasa meningkat tua) hehe dalam hati tak nak amik port pun tapi telinga ni tangkap sebaris ayat " entah la, tak tahu nak cakap macamana, kalau la kita ni dulu hidup zaman Nabi Muhammad belum tahu apa itu Islam, boleh ke percaya peristiwa Isra' Mikraj? Boleh ke kita percaya Nabi Muhammad yang miskin dan Buta huruf pada masa tu. Boleh ke?, tengok orang sekarang ni, kalau pemimpin tu tak ada kemewahan, kedudukan, tak boleh bagi tender juta-juta kita tak percaya sedangkan dia bercakap atas dasar Al-quran dan Sunnah.
Pun kita hina, tak nak ikut.
Allah.. Abah mengeluh lepastu dia terus ke Surau.

Hmm betul jugak cakap abah tu. Cuba jawap persoalan tu, kalau kita hidup pada zaman Nabi mula-mula berdakwah tu camana la penerimaan kita.
Tak dapat nak bayang kan sebab nabi dulu tak ada apa-apa.
tambahan cakap pasal baginda naik ke langit. Dengan keadaan pada masa tu , mana ada kapal terbang pun. Kalau nak diikutkan akal fikiran. Memang tak logik.
Masya Allah.syukur kita dilahirkan dalam Islam pada hari ni.
Islam itu nikmat yang paling beharga.

Tanpa buang masa, aku browse beberapa video di youtube berkenaan 'convert into islam'..
Nak cari cerita-cerita mereka yang mendapat petunjuk.

Jumpa satu yang menarik seorang Remaja Amerika bernama Hamza convert to Islam.
Shed a tear while listening his confession.

=Hamza young American convert to islam crying when performing hajj=

Sepanjang temu bual tu, dia nangis tanpa henti. menyukarkan saya untuk memahami dengan jelas setiap patah perkataan dia. Tapi apa yang boleh saya faham.
Ada sesuatu yang dia rasa semasa ditanah suci.
Semasa perjalanan pulang, dia rasa berat yang teramat nak tinggal kan Mekkah. Dia rasa Sayang nak tinggalkan Nabi. walaupun nabi Muhammad pada hakikatnya telah wafat.
kesemua ahli keluarganya menangis .

"Its like u leaving for someone you love so much"
Ya Rasulullah, we thankful to you and your love at the end of your life , where you still thinks for us.

HAMZA was crying along the journey came home .
Madinah is his favourite place which is prophet mosque the best place, There was some death place there, that was so special, there was presence there you can feel very strong.(he mean baqi') -tempat para syuhada disemadikan..

Hamzah
 
Abu Bakr
diatas ialah dua orang yang mendapat petunjuk. 

"FOR THOSE OF YOU WHO ASK FOR THE SIGN.HAVE YOU NOT SHOWN FOR YOUR READING,LOOK AROUND YOU,LOOK AT THE STAR, LOOK AT THE MOON.
THIS ARE THE SIGN FOR PEOPLE OF KNOWLEDGE"

not a leaf falls, but he knows it. There is not a grain in the darkness of the earth nor anything fresh or dry, but is written in a Clear Record
Al An-Am:6:59

Bait-bait lirik dari Outlandish seakan apa yang digambarkan..

With my right foot first I stepped into the holy mosque Upon the cold white marble Where day and night people sat worshippin', praying Right and left the mosque.
the plates of gold The symmetry of the whole mosque .the largest of it all The came the grandest of the whole The big beautiful house of Allah Covered with black cloth and gold leaf writin' My life flashed passed me, the good and the bad Such a feeling
never ever felt I had A special bondage to the almighty
prayin' for forgiveness Prayin' to do better I witnessed Takin' a deep breath, tears was runnin' 
I ran around the black house, the ancient black house Built by Ibrahim, peace be upon him, circlin' 24 no doubt I got closer, 
as did my heart, as did my soul, amazing How everyone had their attention only on worshippin' 
All concerns forgotten, focused on prayin' Forgettin' everything matters and happenings just giving 
I looked up in the sky thanking Allah for this journey Sayin': 

I swear I didn't schedule to be here this early I thought I'd come here like pops in my forties and fifties And
But who am I to say if I will be alive tomorrow Or 20 years from now, will my health be able to follow 
For a moment I pictured my self 6 feet deep In the cemetery, my corps in the same white sheets Allah holds the master plan and it's already written The pens are withdrawn, the pages are dry...
it's written!

Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah, aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezki padaku yang berkat.”

Kita sering take for granted apa yang kita ada.
Sedar tak?
including me



sedihnye

Rindu

Pagi ni saya nak berjiwang sikit..hehe enjoys!



Tiba-tiba saya rindu..

Saya rindu kalian
kebersamaan membuahkan Rindu
Rindu melihat senyuman-senyuman 
Walau seketika cuma
Saya Rindu
Rindu yang membahagiakan
Allah, saya rindu mereka
Sisipkan Rindu Mahabbah juga pada mereka
Hakikatnya hati-hati manusia ini pada Al-Malik
Kumpulkan Kami didalam Redha mu
Ceriakan Damaikan Tenangkan Kami
Kadang-kala Rindu membuatkan diri berdiam
kekadang saya tak mengerti
Kenapa saya yang Rindu..

Ini Hadiah dari Tuhan
Sebagai pemberian
Rinduku Mahal
Senyum membawa kesenangan
Bila Gundah itu tiada
Aku ingin terus tersenyum

Rindu yang menyerbu


Saya  Rindu kalian. Ketahuilah
Walau saya tak melafazkan
Lahirkan dengan pandangan sudah membahagiakan
Di Rumah
Sedang Study
~Tapi tak masuk~
^_^

short conversation

Malam ni sebelum saya online, saya cakap dalam hati, Harap-harap shahirah online.

Saya nak mintak maaf dari dia. kerana pagi tadi saya bercadang hendak ke rumah dia untuk tolong-tolong apa yang patut sebab saya rasa tak dapat berlama-lama semasa hari knduri keesokan harinya.

Alhamdulillah, dia online. saya terus menyapa dengan memberi salam dan say sorry.

Die terus shoot saya.. maksud saya, dia potong kata-kata saya.
 begini bicaranya

"aku tau knapa kau cakap sorry
kau tak dapat datang kn knduri aku , takpela nak buat macamana"

tersenyum-senyum  saya membaca kerana gaya dia macam orang bekecil hati.

"Eh, bukan..aku mintak maaf sebab tak dapat datang tadi"
"Esok, insyaAllah datang sebagai tetamu"

Barula dia mula meletakkan smily :)     :D     ^_^  Seperti kebiasaannya .
Lega hati saya.

Dalam hati, kalau saya tak datang jugak majlis dia esok, sah la perang dingin bermula.
Tak mahu. Payah betul bila keadaan "dingin"

Saya banyak bertanya tentang majlis pernikahan kakaknya siang tadi.
Saja mengusik :


Athirah :Kau mesti nak nangis kan bila kakak kau selamat dinikahkan tadi?
Shahirah : Eh mane ada, aku kan kuat.kalau ngis aritu air badan keluar
Athirah : Haha yelaa tu bukan proses pemejalwapan ke? :)
Shahirah: Haa yang tu la aku nak cakap (loya buruk)
Athirah : Sekuat mane la hati manusia ni kalau datang bab hati & perasaan tu.
Shahirah : haha, atok aku nangis la tadi. Aku rasa ayah aku nerves la tadi masa akad nikah. die sebut nama akak aku kuat-kuat.
Athirah : Biasa la tu, dalam novel pun mesti nangis-nangis time majlis nikah. hehe
Shahirah : Kau ni tak habis-habis novel.
Athirah : Aku doakan, dengan bersatunya ikatan hati dua insan tadi, akan menambahkan kebahagian dalam keluarga kau.
Shahirah : hehe Thanks. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Ameen.
Shahirah : Macamana hati kau?
Athirah : Hati aku? knapa dengan hati? Oh dah ok. Sihat alhamdulillah 
(Teringat beberapa hari kebelakangan ni,hati tak tenteram)
Shahirah : Jangan risau, kau masih ada aku yang cute ni. hehe
Athirah : Haha cute sangat sampai tak boleh buat apa. :P
Athirah : Aku nak tanye ape ko rasa mase akad nikah tadi?
(suka tanya soalan-soalan luar alam) this is me..
Shahirah: aku terharu rasa nak nagis (mengaku pun) & aku tertanya-tanya bila la turn aku pulak..aku dah cakap kat sepupu aku tadi aku tak nak bercouple dengan orang yang tak ready nak kahwin.
Athirah : hehe 


Tak sempat nak sambung kata-kata dia dah offline biasa la FB, line kejap OK kejap KO.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni, pertuturan saya agak skema. Ayat saya satu-satu seperti dalam buku.

Entah la, sampai sahabat saya mengulang perkataan yang dia rasa janggal semasa bersembang di Skype pagi tadi...
Contohnya, "babe, aku nak tanya berkenaan Myvi yang kau cakap haritu"

Dia balas : 'Berkenaan Myvi yang aku cakap tu, Aku tarik balik..Tak payah la..engine bising'

See .. dia stress kn perkataan "Berkenaan"

Banyak lagi ayat yang saya kira "aku ke ni?" 
semasa dia meluahkan kebimbanganya berkaitan Exam, stressed.

saya secara spontan type  "Masalah Exam itu masalah anda, masalah saya , masalah kita dan masalah mereka yang belajar, jadi bersabar la "
Lpas type sepotong ayat tu, saya tersedar. Mesti dia terkejut. Saya tak pasti samada dia follow atau tidak Blog saya ni. Harap-harap dia faham la hehe

Terikut-ikut gaya bahasa penulisan di Blog agaknya. Skema. Saya sendiri tersenyum! gaya macam nak jawap soalan SPM je

A very short conversation yang membahagiakan ..

Teringat saya petang tadi abah tanya, "Nak beli kereta untuk apa?"
saya garu kepala nak jawap.
Tak kan nak jawap macam dalam blog ni.

Susun ayat satu-satu..saya tak biasa begitu dengan beliau.
Saya hanya jawap: "susah la naik bus. lambat.."

Dalam hati &otak ligat berputar..
Tak puas hati dengan jawapan saya sendiri beri tadi sebenarnya.

Kak Shima pun pernah tanya saya dengan soalan yang sama
"Awak nak beli kereta untuk apa"
Teragak-agak nak jawap.. Sebab terasa Besar hati bile seseorang concern pasal diri.
Saya suka begitu. Rasa Bahagia

Rasa nak copy paste je jawapan yang saya beri pada kak shima haritu..

  • nak guna untuk ke kelas pada hujung minggu
  • Senang nak kesana-kemari
  • Senang sikit kalau hujan & panas
  • Boleh la hantar ibu ke pasar & kesana-kemari
  • Tak de la habiskan banyak masa dengan menunggu bas. Solat lewat nanti
  • Takdela menyusahkan abah dan kawan-kawan kalau nak kemana-mana

Walaupun jawapan justifikasi agak meminta simpati. Tapi itulah yang saya nak cakap.

Satu hari semasa saya menunggu bus agak lama tempohnya. Sejujurnya Memang lama gila. Rasa nak nangis masa tu.
Hampir 45 minit.

Hati saya terdetik, 
Nanti Allah tanya. knapa Banyak habiskan masa terlalu lama menunggu. Apa saya nak jawap. 
nak jawap Sebab tak ade kereta?
Nanti Allah tanya knapa tak beli?
nak jawap Tak mampu?
Nanti Allah tanya: Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?
MasyaAllah.. masa tu nak jawap apa lagi?

cinta mereka

Post ni di dedikasi kepada semua sahabat-sahabat yang pernah berkongsi suka duga mereka dalam status 
"in Relationship" dengan saya.

saya hargai. kerana dengan mendengar, saya dapat pengetahuan, dapat membezakan. Dapat menasihatkan, dapat mempelajari tentang hubungan yang satu tu

Terima kasih.
Berkongsi bermakna mereka percayakan saya.
Begini..
Yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana ia berkaitan dengan hati .Hearty

Cinta memang indah. Entah ,dah lama saya tak terjebak dengan cinta antara berlainan jantina. maksud saya kaum Adam.
Hampir terlupa bagaimana rasanya.
Tapi saya masih tahu ia membahagiakan, kerana sekarang pun disayangi oleh sahabat, oleh keluarga pun dah rasa Nikmat teramat. 

Bukti yang paling sahih untuk menggambarkan betapa manusia ini begitu taksub dengan cinta ialah di kedai buku.
Cuba lihat lambakan karya meletakkan Cinta sebagai tajuk.

kebanyakan kita terburu-buru dalam Cinta. Saya juga begitu dulu.
Kini hanya simpan dalam hati. Ok back to the topic. Ni entri untuk mereka Bukan saya.
Putus cinta seakan-akan mengurangkan komposit akal seorang manusia.
Kenapa?

berapa ramaikah manusia yang mempersiapkan dirinya untuk bercinta, dicinta dan mencinta? Berapa ramaikah manusia yang bertanya kepada dirinya, bagaimana dia hendak bercinta? Dengan cara apakah dia hendak bercinta? Berapa ramaikah manusia memuhasabah dirinya, kenapa dia bercinta?

Saya, sebagai manusia yang masih muda umurnya, juga jatuh cinta. Cuma mungkin, cinta saya ini agak pelik gayanya. Sebab sekarang saya tidak menghubungi lelaki yang saya suka. Sekadar mengikuti perkembangannya sahaja, dan berdoa dari jauh semata-mata, di samping saya berusaha mempertingkatkan diri saya.
Dalam situasi ini pun, saya sentiasa berfikir: Bagaimana agaknya kalau tak dapat dia?

Kalau nak ikutkan seperti dalam Telenovela. Silakan..
Sebab orang sekarang selalu kata " orang lain pun buat, mereka buat begitu begini. jadi kalau bercinta kita pun harus buat macam tu.

Nasihat saya :
Sebelum anda hendak berbuat apa-apa, sila tekan butang ‘pause’ dahulu. Kita tengok, jalan apa yang kita hendak ambil.

Bila anda putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai anda. Malah, ALLAH tidak pernah putus cintaNya kepada anda. Kenapa, bila anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta segala-galanya? Secara tidak langsung, anda telah memburukkan nama cinta itu sendiri. Cinta anda, hakikatnya langsung tidak sejati. Cinta anda, hanya cinta murahan.

Hiduplah, dan hadapilah. Cinta yang terputus itu, mungkin teguran halus daripada ALLAH SWT. Mungkin ALLAH hendak menyatakan si dia bukan jodoh anda, mungkin juga ALLAH hendak anda muhasabah balik kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang anda bercinta, mungkin juga ALLAH hendak memberikan anda sesuatu yang lebih baik. Kenapa anda tidak boleh mendidik diri untuk bersangka baik kepada ALLAH?
 
Bergeraklah! Bersedia untuk bercinta, dengan cinta yang sebenarnya!

Ketagih

Apa pulak ketagih? bukan ambil ubat-ubatan terlarang, Dadah atau alkohol..
Maksud saya, ketagih kepada perkara-perkara yang sudah terbiasa dilakukan ketika bercinta

SMS
-Ucapan selamat pagi Darling, selamat mlm ,bertanya khabar..dah makan ke belum, hari2 soalan yang sama
-Membuat Laporan aktiviti .kemana pergi dengan siapa. Pukul berapa balik.

Handphone sentiasa ditangan.

DATING
-3 kali seminggu mesti jumpe. Nk lepaskan rindu katanya
-Jalan-jalan+makan-makan

Ye betul. Betul.. semua kebiasaan ini akan kita rindu. Akan rasa kehilangan jika HP tak berbunyi, Takde SMS indah daripada kebiasaan.

Hidup akan rasa sunyi. Sunyi yang kita cari..

saya suka nak kongsi satu kata-kata yang saya pegang hari-hari

when u feel all alone

Allah Tells you

:Never will i leave you
:Never will i forsake you

Saya pegang yang ini.Saya nak ajak kamu semua juga pegang yang ini.


P/s: Maaf jika ada tersalah kata, entri ini juga untuk pesanan kepada diri saya.

cepat betul

Hari ni Sabtu, ingat nak bermalas-malasan dibilik lepaskan dendam rehatkan diri di katil..

Tapi tak boleh , sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan., perlu direncanakan

  • Next paper (eXam) just araound the corner
  • Walimatu Urus sahabat saya Pada hari Ahad(esok)
  • Perlu ke Maybank , ada masalah dengan ATM card (weekdays)
  • Teringat dah janji dengan ibu hendak ke Pasaraya pada sebelah petang
  • Cousin-cousin dah start cuti & call ajak jalan-jalan. Tapi masa terhad.
  • Kenduri Kendara dari sahabat dan saudara mara sangat la banyak.
  • December ni ada training.
  • Schoolmate pun dah Hello-hello ajak kesana-kesitu

Semuanya rasa dah nak dekat. Rasa macam tak ada masa.

nampak macam sikit je agenda.. kerana bukan dalam satu hari

Tapi dalam kepala rasa macam tak cukup masa

Yang mana harus didahulukan

Bila pulak nak ada masa dengan diri sendiri.

Esok masih ada? siapa yang nak pastikan esok masih ada?

kalau dah pasang niat nak jadi penulis.. harus juga sediakan masa untuk itu, eh bukan penulis buku. bukan. belum lagi..hehe belum bertauliah. hanya penulis di Blog sendiri.
jadi dimana masanya?

ooOh masa.. jangan la lari , boleh tak berjalan seiringan dengan saya..


so i decided after post this entry
i have to do somthing to clean up my check list task 

Yang aku ada hanyalah Sekarang

saya dah Ok

saya dah sembuh

semalam rasanya masalah akibat banyak makan daging hehe

  • Sup daging
  • rendang daging
  • Daging masak kari

makanan mempengaruhi semua. (HAHA nk sedap kn hati. salahkan makanan.)

semasa menunggu KTM Tadi di Radio pun ada mengatakan, hari-hari jika kita terlupa muhasabah diri sebagaimana yang sepatutnya. Hati tidak tenang. Itu adalah teguran dari yang pemilik Jiwa.
Jiwa kita jiwa hamba. Jiwa hamba kecil dan mudah terRasa.

Maaf. Sorry. 
saya tak sepatutnya Terasa begitu.

Saya ok.


Love you all and I'll catch ya later...

...doakan saya

Terasa

Entah,
tak tahu kenapa tiba-tiba hati tak tenang , tak tenteram , ras left behind , rasa terasing
rasa ada yang tak kena , rasa keseorangan , rasa belum cukup , rasa bimbang ..

Lepas soLat Isyak dan makan malam harini.

Semasa telinga disumbat headphone, Lagu Alhamdullillah dari Maher zain berkumandang..

Mata memandang article di Skrin Laptop klassic Fujitsu Siemens entah tahun bila keluarannya. Saya tak pasti.

Open New Tab untuk membuka akaun Facebook.. Membaca itu dan ini di status rakan-rakan.
Ada yang saya kenal dan ramai yang tak kenal.
saya lebih gemar melihat perkongsian nota dan peringatan & pandangan mereka dari isu-isu terkini.
Selalunya saya tak ambil pusing status yang "Wow"  mereka kongsi.. apa yang mereka beli, parti apa yang mereka hadiri.

Yelah, yang gembira-gembira mereka akan kongsi pada semua.. bila sedih-sedih baru la dicerita pada yang terpilih. Maksud saya; mereka yang boleh dipercayai.

apa semua ni?

oH, bila gembira hendak bersuka ria.. ditinggalkan mereka yang boleh dipercayai? dilupakan mereka yang terpilih kononnya tu?

Saya tak tahu ape difikiran mereka.
Tapi saya terasa.

Maaf, saya tak boleh kawal rasa 'Terasa' tu..
Dia datang dengan sendiri. Itu namanya tindakan reflek .

Rasa dipergunakan.

Mungkin itu yang tepat. Astaghfirullah.. Cepat-cepat buang rasa "Terasa" tu

tapi sebanyak mana saya cuba menafikan apa yang saya rasa.
I know, its there. Just keep quite down there obey to the creature.

Lantas Satu click "X" di tab FB .

Fikiran ligat me"replaced" perkara-perkara tak berfaedah tu dengan perkara besar yang sentiasa menjadi priority de'minda ni.

Rasa jauh.. Rasa tak diterima..

saya nak tanya :
Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?
tetapi tidak lah menghadapi ujian Hebat seperti umat terdahulu.

Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata…

Allah sudah tinggalkan kita.

ya Allah.. Mengapa begini..

mungkin kerana Lagu yang berkumandang.

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you..

"Athirah, awak kena bersangka baik"


Ya, bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?

saya perlu Lihat semula hubungan saya denganNya
:(

Saya rindukan sahabat . Saya perlukannya.
Tak tahu siapa
Tenanglah tenang!~
Manusia Biasa yang punya Rasa
12.01 Am

-masa saya-



masa Lapang saya..
Mood : Membaca!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan





masa hadapan ..

Entri ini dah 4 hari saya save dalam draft..

Bukan tak mahu di kongsi, tapi saya rasa belum jumpa apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya..
saya tak jumpa perkataan yang tepat untuk apa yang sedang saya fikirkan..

kerana
Masa hadapan, esok, lusa, bulan hadapan...bahkan nanti.. kita tak tahu.

tak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan

sehingga saya takut untuk merencanakan agenda


mungkin orang biasa seperti saya akan mengimpikan sebuah rumah besar, jawatan tinggi, suami hensem+baik, Anak comel+soleh dan pelbagai lagi. Semua yang baik-baik belaka.


Nampak?
Cita-cita, kehendak, harapan, itu semua antara unsur yang mencorakkan peribadi kita. Masa hadapan kita, bergantung kepada apa yang kita cita-citakan, harapan kita, dan kehendak kita.


bagaiman ?
Apa masa hadapan yang lebih indah, bermakna daripada masa hadapan di syurga Allah SWT?

Apa yang kita mahu?

jika kamu mahukan dunia, berusahalah seakan-akan kamu akan hidup 1000 tahun
Jika kamu mahukan akhirat, beramal la seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

dua ayat diatas merupakan satu destinasi . KESEIMBANGAN

bahagia didunia & bahagia di akhirat.
Bukan perlu buang dunia jika mahu akhirat
Bukan perlu buang akhirat jika mahu dunia..

impian saya

mahukan keamanan dalam diri , institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan negara
mahukan kecukupan dalam kewangan, kecukupan keperluan.
mahukan kesihatan yang baik, hubungan silaturahim yang tertaut kerana kasih sayang illahi
mahukan kebenaran melebihi segala-galanya.
mahukan.. walau susah disini, penghujungnya tetap satu yang terindah.

sedikit perkongsian:

saya dengar kuliah tafsir al quran ustaz zahazan di radio IKIM
anugerah Allah itu ada 2
  • Nikmat- anugerah sementara didunia
  • Naim- anugerah Allah yang kekal abadi di akhirat, keistimewaannya tak terlafaz dengan kata2, tak terfikir dek minda.
-kedua2nya adalah indikator manusia berjaya dunia dan akhirat


With the darkness closing in, I gaze into the light
The darker my past, the brighter my future
The emptiness ahead is filled with my dreams
With my actions

You never know when stepping in the light
If you are blinded by your future
Or skeptic from your past
Tired of your present

You need a change, you need hope
No more darkness in your life
This leap may be one you fear
But now, the future is near